• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Disoal Siasat Di Manchester Pulang Bercuti

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang daripada tiga pelajar Malaysia yang disoal siasat Polis Greater Manchester berkaitan insiden pengeboman di Manchester Arena pada 22 Mei lepas, pulang ke tanah air hari ini untuk bercuti.

Muhammad Helmy, 22, pelajar tahun dua bidang falsafah dan politik University of Manchester bercuti sempena cuti musim panas universitinya pada masa ini.

Kepulangan pelajar berasal dari Negeri Sembilan melalui penerbangan MH001 dari London itu, disambut kedua ibu bapanya dan Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Timbalan Menteri Luar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Media, bagaimanapun diminta tidak menemubual mahupun merakamkan gambar pelajar berkenaan atas permintaan keluarga yang memohon privasi.

Pada 29 Mei lepas, Muhammad Helmy bersama dua lagi pelajar Malaysia ditahan untuk soal siasat oleh Polis Greater Manchester pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan, namun dibebaskan pada 9 malam waktu tempatan hari yang sama.

Bercakap kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelajar berkenaan, Reezal Merican berkata ketiga-tiga pelajar yang disoal Agensi Jenayah Nasional dibebaskan tanpa syarat.

“Tidak ada isu pelajar ini dihantar pulang atau diusir ke tanah air. Selepas ini, pelajar berkenaan akan pulang semula (ke United Kingdom) untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Reezal Merican berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan UK kerana menyoal siasat ketiga-tiga pelajar Malaysia itu dengan baik tanpa sebarang kekasaran.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar Malaysia itu ditahan bersama 16 lagi pelajar dari negara lain untuk soal siasat.

“Biarlah pelajar ini menghabiskan masa berkualiti bersama keluarganya dan melupakan pengalaman dan trauma sewaktu ditahan di UK,” katanya.

Reezal Merican berharap tiada pandangan negatif dilemparkan terhadap ketiga-tiga pelajar tersebut kerana mereka tidak terlibat dalam insiden pengeboman tersebut.

Difahamkan dua lagi penuntut Malaysia yang turut disoal siasat bersama Muhammad Helmy, dijangka pulang ke tanah air dalam waktu terdekat.

Insiden pengeboman yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang berlaku pada konsert penyanyi Amerika Syarikat, Arianna Grande. – BERNAMA

Tags: pengeboman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

48 Maut, 67 Cedera Pengeboman Di Kabul

16/08/2018
0

KABUL - Serangan pengebom nekad di Kabul, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang, ketika gelombang keganasan berterusan di seluruh Afghanistan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd