• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai TLDM Didakwa Perdaya JLKN

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan memperdaya Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menggunakan dokumen palsu berhubung tuntutan elaun perjalanan, dua tahun lepas.

Nor Shairul Shaharudin, 37, sebagai Kem Komandan di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara didakwa mengemukakan tujuh dokumen iaitu “Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri” bagi Januari, Mac, April, Jun, Julai, Ogos dan September 2014 bertarikh antara 3 Jan dan 25 Sept 2014 berjumlah RM2,164 sedangkan dia mengetahui dokumen itu mengandungi butiran palsu.

Tertuduh yang berpangkat Leftenan Komander itu didakwa sebagai ejen kerajaan Malaysia memperakukan bahawa dia menggunakan kenderaan sendiri dan menginap di hotel tetapi sebenarnya adalah sebaliknya.

Bapa tiga anak itu didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara Putra-Putri, Cherana Putih, Alor Gajah dekat sini antara 29 Jan dan 20 Okt 2014.

Nor Shairul didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurdiyanah Mohd Nawawi menawarkan wang jaminan RM35,000 dengan seorang penjamin bagi ketujuh-tujuh pertuduhan.

Bagaimanapun peguam Sasila Basri yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya yang masih berkhidmat perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang berusia antara 10 bulan dan 10 tahun.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Nor Shairul diikat jamin RM21,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 4 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: DidakwaPegawai TLDM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FMLLP Minta KAFA Jangan Putar Belit Fakta

Next Post

Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia

Related Posts

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

Wanita Rohingya Ada 54 Rekod Pecah Rumah, Suami Didakwa Simpan Harta Curi

03/12/2024
0

BATU PAHAT: Wanita etnik Rohingya yang baru habis berpantang dan memiliki 54 rekod jenayah termasuk kes pecah rumah didakwa bersama...

Next Post

Pakar Terapi Tisu Lembut ISN Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd