• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ozil Dedah Kenapa Dia Sangat Mengagumi Ronaldo

oleh Ahmad Albab
03/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYERANG Jerman Mesut Ozil telah menghabiskan masa tiga tahun bersama bintang Portugal Cristiano Ronaldo di Santiago Bernabeu dan mengaku telah mempelajari beberapa ilmu penting.

Ozil berkata kerjasama dengan Ronaldo di Real Madrid telah menunjukkan kepadanya apa yang diperlukan untuk menjadi pemain terbaik di dunia.

Ozil berpindah ke Santiago Bernabeu pada 2010, 12 bulan selepas Ronaldo berhijrah ke Sepanyol dari Manchester United.

Pasangan itu menikmati tiga musim produktif bersama-sama di Madrid, dengan Ozil menjadi pemain yang sering membantu Ronaldo.

Selepas meninggalkan Madrid, pemenang Piala Dunia itu telah menjadi bintang di Arsenal dan mengakui dia menjadi seorang pemain yang lebih baik setelah melihat apa yang diperlukan untuk konsisten dalam tempoh masa yang lama.

Ozil memberitahu pemain Arsenal apa yang dipelajarinya daripada Ronaldo: “Cita-citanya, bagaimana dia dahagakan kejayaan, sebagai seorang pemain, kamu sentiasa agak sama.

“Anda ingin berjaya, anda mahu untuk membawa yang terbaik dan apa yang menarik perhatian saya mengenai dia adalah bagaimana dia bersikap profesional. Dia akan menjadi orang pertama di bilik persalinan dan yang terakhir meninggalkannya.

“Dia seorang yang yang sangat bercita-cita tinggi, yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk dirinya dan untuk pasukan. Apa yang saya kagum dengan dirinya adalah bagaimana dia mendambakan kejayaan.

“Dia bukan seseorang yang apabila dia mencapai sesuatu, dia fikir ‘OK saya boleh berhenti sekarang, atau segalanya mudah selepas ini’. Ia bertentangan. Dia sentiasa mahu menjadi lebih berjaya… Dia mahu mempertahankan kejuaraan dan itu yang saya amat kagum.”

Ronaldo telah membantu Madrid meraih gelaran La Liga musim 2016-17 dan kini menyasarkan gelaran Liga Juara-Juara. – mStar Online

Tags: Cristiano RonaldoMesut Ozil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

Ronaldo Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Syria

10/03/2023
0

LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan keprihatinannya apabila menghantar pesawat khas penuh dengan muatan barangan penjagaan diri dan perubatan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd