• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Omar, Si Rimau Putih Tertua Zoo Singapura Dimatikan

oleh
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Omar, seekor harimau putih tertua di Taman Haiwan Singapura, mati pada Rabu lalu dalam usia 17 tahun, menurut Wildlife Reserves Singapore (WRS).

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan pada Khamis, WRS menyatakan bahawa harimau belang nadir tersebut terpaksa dimatikan selepas keadaan kesihatannya pula semakin teruk.

Pasukan doktor haiwan dan penjaga Omar memantau keadaannya untuk melanoma dan penyakit sendi, menurut WRS namun penilaian terkini menunjukkan kesihatannya semakin teruk.

“Kami terpaksa membuat satu pilihan sukar untuk mematikannya supaya dapat mencegah kehidupannya daripada terus memburuk di Zoo Singapura,” menurut kenyataan WRS lagi.

Omar dilahirkan dalam kurungan di Taman Safari Indonesia, dan tiba di Singapura pada 6 April 2001, semasa ia berusia 19 bulan. Omar sepatutnya genap berusia 18 tahun pada September ini.

WRS menambah bahawa harimau liar lazimnya hanya mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun. Harimau dalam tawanan pula boleh hidup selama 16 hingga 20 tahun secara purata.

“Kami akan sentiasa merindui Omar, dan kami berterima kasih kepada pasukan penjaganya, yang bertahun-tahun sanggup menjaga Omar tanpa jemu dengan amat baik,” ujar kenyataan WRS.

Taman Haiwan Singapura kini masih lagi memiliki dua ekor harimau putih daripada spesies Bengal, iaitu pasangan adik-beradik berusia empat tahun masing-masing bernama Pasha dan Keysa.

Sebelum itu, dua ekor harimau sama iaitu kembar Omar, Winnie, 14; dan Jippie, 12; turut dimatikan atas sebab kesihatan masing-masing pada 2014 dan 2012. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: harimauSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd