• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ngeri! Kematian Jupe Sudah Diramal 3 Tahun Lalu

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBANYAKAN daripada kita pasti tidak percaya dengan ramalan nasib, apatah lagi sebagai umat Islam kita dilarang percaya dengan perkara karut-marut dan hanya perlu berserah kepada qada’ dan qadar Tuhan.

Namun, dalam sebuah tilikan nasib yang dilakukan terhadap arwah Julia Perez atau Jupe, ternyata ramalan tersebut tepat dan agak menyeramkan!

Dalam sebuah video yang dirakam untuk sebuah program televisyen Pesbukers, pengakhiran hidup Jupe telah diramalkan oleh pasangan tukang tilik terkenal Indonesia iaitu Denny Darko dan Vina Candrawati– tiga tahun sebelum kematiannya!

Vina, yang dikenali dengan bakat melukis di atas pasir turut disegani kerana kebolehannya untuk meramal nasib seseorang melalui daun terup.

Proses penilikan itu itu dimulakan dengan mencabut sekeping kad daripada buku daun terup yang sudah dikocok.

Setelah dipilih, Jupe tidak dibenarkan untuk memberi sesiapa melihat kadnya.

Vina kemudiannya mengarahkan Jupe untuk memegang bahunya sambil menggambarkan di atas pasir tilikan tersebut.

Tiba-tiba, Vina menangis tersengguk-sengguk dan memanggil suaminya kerana tidak sanggup untuk memberitahu apakah ramalannya itu.

Ngeri! Kematian Jupe Sudah Diramal 3 Tahun Lalu
Vina melukis ramalan nasib Jupe yang kelihatan seperti awan mendung di langit.
Ngeri! Kematian Jupe Sudah Diramal 3 Tahun Lalu
Jupe yang pada awalnya ceria mula kelihatan takut dan memeriksa kembali kad yang dipillihnya.
Ngeri! Kematian Jupe Sudah Diramal 3 Tahun Lalu
Denny Darko menyambung tilikan yang dibuat Vina setelah isterinya tidak sanggup untuk menjelaskan apa yang dilihatnya.
Ngeri! Kematian Jupe Sudah Diramal 3 Tahun Lalu
Gambaran tilikan akhir yang dibuat oleh Denny menunjukkan seorang wanita bersayap dan memegang pedang tumpul.

Pada saat ini, Jupe yang pada awalnya ceria serta-merta kelihatan risau dan meminta Vina menjelaskan maksud di sebalik kad yang dipilihnya.

Denny Darko pun muncul dan memberitahu apakah ramalan yang didapati isterinya itu.

Menurut Denny, wanita cantik yang digambarkan di atas pasir itu mempunyai segalanya namun sering melihat ke luar jendela mahligai mewahnya dan melihat awan hitam di luar.

Namun begitu, Denny tidak menjelaskan lebih lanjut jika wanita yang digambarkan itu mirip Jupe atau tidak.

Video ramalan itu kembali tular setelah pulangnya Jupe ke rahmatullah pada Sabtu, 10 Jun lalu setelah tiga tahun menderita penyakit kanser serviks.

Ramai yang berasa terkejut dan taksub dengan ketepatan ramalan yang dibuat oleh pasangan suami isteri itu, beberapa tahun sebelum aktres itu meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jupe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saharul Ridzwan Pilih Luth Ali Untuk Nama Puteranya

Next Post

Malaysia Perlu Kenal Pasti Bidang Pengkhususan

Related Posts

Ini Sebab Keluarga Selalu Tutup Wajah Julia Perez

17/05/2017
0

SESIAPA yang mengikuti perkembangan kesihatan penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau mesra disapa Jupe, pasti perasan sudah tiada lagi...

Next Post

Malaysia Perlu Kenal Pasti Bidang Pengkhususan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd