• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Hawk 108: Cabaran Sukar Cari Bangkai Jet

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kawasan hutan dan berpaya antara cabaran sukar ditempuh pasukan mencari bangkai jet pejuang Hawk 108, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengorbankan dua juruterbang dalam nahas di Chukai, Terengganu semalam.

Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Affendi Buang berkata pasukan mencari yang terdiri daripada TUDM, tentera darat dan Polis Diraja Malaysia masih lagi mencari bangkai pesawat tersebut di lokasi penemuan kedua-dua mayat juruterbang itu namun gagal menemui sebarang petunjuk ketika ini.

“Kawasan hutan dan berpaya itu memang cabaran buat pasukan penyelamat. Malah pemantauan menggunakan helikopter juga sukar mengesan sebarang petanda termasuk kepulan asap atau bekas terbakar,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas urusan pengebumian jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini tengah hari tadi.

Yazmi dan seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Hasri Zahari, 39, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang diterbangkan mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai semalam.

Jasad mereka ditemui pada pukul 2.30 petang semalam, dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing yang menunjukkan mereka telah melepaskan diri dengan menggunakan kerusi lenting pesawat.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Afendi berkata siasatan oleh Jawatankuasa Khas mengenai insiden malang itu akan mengambil masa lama jika bukti seperti bangkai pesawat lambat atau sukar dijumpai pasukan mencari. – BERNAMA

Tags: Jen Datuk Seri Affendi Buang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aset Ketenteraan Diletakkan Di Tahap Tertinggi

01/06/2017
0

PETALING JAYA - Aset ketenteraan yang berada di Pangkalan Udara Labuan sentiasa diletakkan di tahap kesiap-siagaan tinggi bagi menghadapi sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd