• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustahil Penuhi Setiap Permohonan Guru ‘Duka Lara’

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menonjolkan sikap pesimistik apabila mengingatkan Kementerian Pendidikan adalah mustahil untuk kementerian itu meluluskan semua permohonan pertukaran guru `duka lara’ supaya mereka dapat bertugas di sekolah yang berhampiran dengan keluarga atau pasangan masing-masing.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan tidak mungkin dapat meluluskan kesemua pertukaran itu kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri yang dipohon oleh guru-guru.

“Sekiranya kita melihat status pertukaran guru di laman sesawang Kementerian Pendidikan, jumlah permohonan sekitar 15, 420 orang. Bagi jumlah Permohonan Pertukaran Guru Sekolah Menengah adalah seramai 6,489 orang, manakala jumlah Permohonan Pertukaran Guru Sekolah Rendah pula seramai 8,931 orang.

“Dengan jumlah itu, masih ramai guru yang menanti permohonan mereka diluluskan oleh pihak kementerian. Namun, dalam menyelesaiakan isu ‘guru duka lara’ ini, apakah inisiatif daripada pihak kerajaan sendiri?

“Adakah kementerian berusaha memenuhi permohonan untuk guru berkhidmat di negeri masing-masing atau mengikut pasangan supaya berada dekat dengan keluarga tercinta.

“Bagi saya, kementerian tidak mungkin dapat meluluskan kesemua pertukaran dalam jangka masa yang pendek kerana permohonan di beberapa negeri bagi setiap tahun akan melebihi kekosongan jawatan di negeri yang dipohon oleh guru-guru,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini optimis mampu menyelesaikan baki 13,000 guru ‘duka lara’ di seluruh negara untuk dipindahkan ke sekolah berdekatan keluarga mereka selepas meluluskan sebanyak 9,000 permohonan setakat ini.

“Soal guru ‘duka lara’ adalah berkait rapat dengan produktiviti seseorang pendidik. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa menyelami dan memahami kehendak dan keperluan guru,” kata kementerian itu.

Nik Nazmi dalam usahanya memperlekehkan keprihatinan kerajaan terhadap permohonan guru terbabit melontarkan soalan berbaur provokasi sama ada kelulusan permohonan terbabit kononnya strategi untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau turut menuduh kononnya segelintir daripada hampir 2,000 guru `duka lara’ yang diluluskan permohonan mereka untuk berpindah ke sekolah berdekatan pasangan atau keluarga masing-masing dari Januari hingga Jun 2017 oleh Kementerian Pendidikan menggunakan `kabel.

“Timbul dakwaan segelintir guru yang baru ditempatkan di sesebuah sekolah tidak sampai tiga bulan mendapat keizinan bertukar, kononnya guru tersebut mempunyai ‘kabel’ di Kementerian Pelajaran.

“Hal ini akan menyebabkan ketidakpuasan hati guru lain yang tidak mempunyai ‘kabel’ sama ada orang politik atau pun orang dalam. Saya berharap pihak kementerian menstrukturkan semula prosedur pertukaran agar mempunyai mekanisme yang lebih jelas, telus dan boleh lebih dipercayai,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GuruNik Nazmi Nik Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd