• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Sedia Hadapi Cabaran Baharu Geopolitik

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh dunia bagi membolehkan sebarang langkah dan keputusan yang diambil menepati kepentingan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau merujuk krisis di Negara-Negara Teluk, ancaman ujian peluru berpandu balistik Korea Utara dan keputusan pilihan raya United Kingdom hari ini, yang membawa kepada Parlimen Britain tergantung, sebagai antara ketidaktentuan geopolitik yang menarik perhatian dunia.

“Selain ancaman keganasan dan ekstremisme yang merupakan cabaran besar kepada kita…kita juga menyedari bahawa ada satu risiko baharu lebih serius terpaksa kita tangani iaitu risiko geopolitik,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Awal minggu ini, dunia dikejutkan dengan keputusan Arab Saudi serta beberapa negara termasuk Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Maldives dan Mesir memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar berikutan dakwaan negara berkenaan membiayai kumpulan militan Daesh.

Menyentuh perkembangan ekonomi, Najib berkata ketika ini ekonomi dunia berkembang lebih positif dan Malaysia juga mencatat pencapaian ekonomi yang amat memberangsangkan pada suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak 5.6 peratus, berbanding 4.1 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.

Sementara itu, mengenai Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, perdana menteri berkata beliau akan bertemu Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat untuk menentukan calon terbaik bagi Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Najib secara ringkas turut menarik perhatian bahawa persiapan bagi Pilihan Raya Umum, sehingga kini berjalan dengan baik.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pendaftaran keanggotaan UMNO kini semakin meningkat.

“Ia satu perkara menarik kebelakangan ini apabila ramai individu yang mendaftar sebagai ahli UMNO secara sukarela di pejabat UMNO lebih kurang 300 orang setiap hari. Ini satu perkembangan yang tidak kita lihat sebelum ini,” katanya.

Terdahulu sebelum mempengerusikan mesyuarat tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kepada 17 pemenang cabutan bertuah semasa sambutan ulang tahun UMNO Ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Mei lepas.

Anggota UMNO Kuala Terengganu, Saifuldhari Abu Bakar membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah sebuah Proton Perdana 2.4L. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd