• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misbun Beri Amaran Kepada Pemain Muda

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Datuk Misbun Sidek memberi amaran awal kepada pemain muda negara agar bersiap sedia dengan corak latihan radikal yang bakal diterapkannya.

Beliau berkata pemain muda perlu memberi sepenuh komitmen dalam latihan serta menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemain kebangsaan atau bakal berdepan risiko digugurkan.

“Mereka dibayar untuk bermain dan berlatih, jadi bila dibayar sudah tentu persatuan telah memberi garis panduan dan mereka tak boleh salahkan persatuan sekiranya nama mereka digugurkan.

“Setiap pemain perlu bersedia dan perlu tahu bahawa saya tidak perlukan mereka. Ini amaran daripada saya,” tegas beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata dia akan menerapkan segala ilmu berkaitan strategi permainan serta kemahiran teknikal dalam kalangan pemain dan mereka perlu akur dengan setiap keputusan yang ditetapkan.

“Mereka tidak boleh duduk sana hanya sekadar menapak, lebih baik beri peluang kepada pemain lain yang benar-benar mahu sertai BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Peranan jurulatih penting untuk tangani pemain seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Ukay Perdana hari ini.

Misbun berkata beliau bersama-sama penolongnya, Hendrawan dan Indra Wijaya akan mengenal pasti pemain muda yang berpotensi untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei pada masa akan datang.

Beliau berkata tanggungjawab mencari pengganti Chong Wei adalah tugasan yang sukar dan boleh diibaratkan seperti ‘mengubah suai sebuah kediaman elit yang memerlukan penelitian khusus’.

“Pemain memang ramai tetapi pemain yang benar-benar berbakat sewaktu saya mengesan bakat Chong Wei, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim agak sukar dikesan pada masa ini.

“Jadi saya akan lihat dahulu keadaan semasa, dan berdasarkan kepada pemantauan Chong Wei kerana dia merupakan pemain tonggak dan sudah pasti dia tahu siapa pemain yang berpotensi untuk diasah bakat,” katanya.

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England. – BERNAMA

Tags: Datuk Misbun Sidek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Penawar’ Chong Wei Gelanggang Badminton – Misbun

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek percaya ‘penawar’ bagi Datuk Lee Chong Wei untuk melupakan...

Misbun Terkejut Kemampuan Zii Jia

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Datuk Misbun Sidek tidak menjangka Lee Zii Jia mampu melakar kejutan meraih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd