• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Tiada Senarai Bank Dalam Dakwaan DoJ?

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang transaksi melibatkan wang dengan jumlah yang besar pasti melibatkan bank-bank tertentu dengan dokumen transaksi yang lengkap sebagai rekod berlakunya urusan berkenaan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berkata, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagaimanapun tidak menyenaraikan laluan transaksi antara bank dalam saman mereka untuk menyita beberapa aset yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jika DoJ benar-benar ada bukti dalam keterangan saman sivil terbaru berkaitan transaksi berkenaan, mereka perlu menyenaraikan semua bank yang terlibat.

“Sudah pasti banyak bank digunakan untuk melengkapkan transaksi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramesh berkata, adalah mustahil wang melibatkan jutaan USD dalam transaksi pembelian berkenaan tanpa melibatkan urusan dengan bank dan transaksi itu yang menjadi bukti dalam kes demikian.

“Senaraikan semua nama bank-bank itu dalam dokumen saman sivil dan jalankan siasatan dengan segera menyelesaikan dakwaan yang ada,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DOJRamesh Rao
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penolong Pegawai Veterinar Didakwa Terima Rasuah

Next Post

JPN Nafi 300,000 Kaum India Tiada Kad Pengenalan

Related Posts

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

Malaysia Masih Buru Jho Low, Tak Ada Kaitan Dengan Perjanjian DOJ

04/07/2024
0

BANGI : Perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low, adalah...

DOJ Sudah Serah RM1.9 Bilion Dana Berkaitan 1MDB

12/05/2021
0

PUTRAJAYA - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) sudah mengkreditkan sebahagian daripada dana berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disita, berjumlah...

Next Post

JPN Nafi 300,000 Kaum India Tiada Kad Pengenalan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd