• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Perkenal Lapan Pemain Baharu

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pasukan Melaka United hari ini memperkenal lapan pemain baharu termasuk tiga pemain import dalam usaha pasukan itu memperbaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini, serta memastikan skuad Hang Tuah kekal dalam liga berkenaan tahun depan.

Pengurus Melaka United Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata tiga pemain import berkenaan ialah pemain tengah Felipe De Almeida Souza dari Brazil, yang sebelum ini beraksi untuk Oeste FC; bekas pertahanan FK Pelister dari Macedonia, Jasmin Mecinovic dan bekas penyerang Negeri Sembilan, Marko Simic dari Croatia.

Beliau berkata pemain tempatan pula ialah Fandi Othman (pertahanan), Nicholas Ryan Swirad (pertahanan) dan Azinee Taib (tengah), ketiga-tiganya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) II, serta dua pemain tengah, S.Sivanesan daripada PKNS FC dan Nur Hakim Isa dari Perak FA.

“Setelah melihat Melaka United agak terumbang-ambing di saingan separuh pertama Liga Super tahun ini, pihak pengurusan telah mengadakan perbincangan bersama Presiden Melaka United Datuk Seri Idris Haron (yang juga Ketua Menteri Melaka) bagi membuat perubahan ini.

“Beliau (Idris) meluahkan kebimbangannya dan mengambil berat tentang prestasi serta reputasi Melaka United setelah mengharungi 13 perlawanan bagi musim pertama liga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Yusof berkata pasukan itu perlu menanggung kos tambahan antara RM1.5 dan RM2 juta bagi mendapatkan barisan pemain baharu berkenaan dan merombak barisan pemain, walaupun berdepan dengan kekangan kewangan pada masa ini.

Katanya kos tambahan berkenaan merupakan beban yang perlu ditanggung pihak pengurusan namun ia akan diuruskan dengan baik bagi meningkatkan keyakinan penyokong skuad itu yang sering mendakwa pihak pengurusan berdiam diri berikutan prestasi mengecewakan yang ditunjukkan pemain Melaka United.

Mengulas prestasi Melaka United pada saingan separuh pertama Liga Super musim ini, beliau berkata pasukan itu hanya memperoleh 13 gol dengan dibolosi 28 gol setelah mengharungi 13 perlawanan, dan ia jelas menunjukkan bahagian pertahanan tidak berfungsi dengan baik manakala jentera serangan tidak efektif.

Ditanya mengenai ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Eric Williams, Mohd Yusoff berkata pihaknya kini memberi sepenuh tumpuan kepada pemilihan ketua jurulatih dan keputusan akhir akan dibuat esok agar segala perancangan terhadap pasukan itu berjalan lancar.

“Kita belum tentukan sama ada ketua jurulatih itu orang tempatan atau luar. Apa yang penting, dia dapat menyesuaikan diri dan membimbing pasukan dengan baik sepanjang baki separuh saingan musim ini terutama dengan kehadiran pemain-pemain baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd