• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United “Berwajah Baharu” Sebelum Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pasukan Melaka United (MU) akan “berwajah baharu” sebelum saingan Liga Super bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti, kata pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Katanya pihaknya terpaksa membuat perubahan segera dengan menukar jurulatih serta barisan pemain bagi memastikan pasukan lebih bersedia menghadapi saingan perlawanan Liga Super.

“Kita akan membuat keputusan penganti jurulatih Eric Williams selewat-lewatnya minggu depan selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk jurulatih, pihak pengurusan, pemain dan mereka yang berpengalaman dalam sukan bola sepak,”katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Yusoff berkata beberapa nama jurulatih tempatan dan luar negara kini berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dan menurutnya nama jurulatih baharu pasukan akan diumumkan minggu depan.

“Kita hanya akan mengambil jurulatih yang mampu membawa pasukan Melaka United ke tahap yang lebih baik daripada sebelum ini, mana-mana pasukan yang berada di tempat kita pun akan mengambil keputusan sama iaitu membuat rombakan demi kebaikan pasukan,”katanya.

Ditanya adakan MAFA akan kekal menguna khidmat jurulatih import atau menukar haluan dengan mengambil jurulatih tempatan, Mohd Yusoff berkata pihaknya tidak menetapkan sebarang kuota atau syarat bagi pemilihan jurulatih.

“Persoalan sama ada jurulatih tempatan atau import tidak menjadi keutamaan MAFA, sebaliknya kita ingin mendapat segera jurulatih yang mampu mengemudi pasukan ke tahap yang lebih baik dan terus kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan,”katanya.

Beliau berkata antara nama jurulatih tempatan yang kini dalam senarai MAFA ialah Mohd. Azraai Khor Abdullah, K.Devan dan Datuk K.Rajagobal.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan respons positif yang diberikan oleh jurulatih tempatan yang bersedia untuk membantu pasukan MU dan kita amat menghargainya,” katanya.

Mohd Yusoff berkata selain daripada memecat jurulatih, MU turut melakukan perubahan pada barisan serangan dengan menamatkan khidmat tiga orang pemain importnya iaitu Ilija Spasojeivc, Sergio Aguero dan Godwin Antwi.

“Kita telah ada senarai pendek nama pemain yang akan menganti tempat Spasojeivc dan pemain import lain.. MAFA akan membuat keputusan segera sebelum perlawanan Liga Super bermula nanti, “katanya.

Mohd Yusoff berkata MAFA terpaksa membuat keputusan tersebut apabila melihat perbezaan jumlah jaringan berbanding dengan bolos bagi pasukan MU terlampau besar.

“Kita perlu segera mantapkan lagi barisan serangan bagi menghasilkan lebih banyak jaringan berbanding bolos pada perlawanan sebelum ini,” katanya.

Pasukan Melaka United kini berada di zon penyingkiran Liga Super selepas berada di tempat ke-11 carta Liga Super menerusi perbezaan gol, walaupun berkongsi 11 mata dengan pasukan di tangga kesembilan dan ke-10, iaitu PKNS FC dan Sarawak.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, bekas juara Liga Perdana musim lepas itu hanya menang dua perlawanan, selain seri lima kali dan tewas enam kali.

Jumlah bolos bagi pasukan terkenal dengan jolokan ‘Skuad Hang Tuah’ itu ialah 28 berbanding hanya 13 jaringan. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd