• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Tekad Rampas Kembali Gopeng Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – MCA berazam memastikan kerusi Parlimen Gopeng kembali menjadi milik parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata Parlimen Gopeng merupakan antara kubu kuat MCA dari tahun 1986 hingga 2004 yang terlepas ke tangan pembangkang pada PRU 2008.

Katanya kemenangan itu tidak mustahil untuk dicapai jika semua jentera bekerja keras dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon serta parti.

“Pada tahun 1986, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Tan Koon Swan menang di Parlimen Gopeng, jejak itu kemudiannya diteruskan oleh Tan Sri Dr Ting Chew Peh hingga tahun 2004 iaitu pada PRU11.

Jadi, tak mustahil kemenangan boleh kita capai sekiranya ada usaha yang jitu melibatkan sokongan daripada ahli parti dan masyarakat sekitar Parlimen ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan MCA Gopeng di di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ong berkata MCA akan melipatgandakan usaha dan memperkasakan jentera parti bagi mengembalikan sokongan pengundi terutama kaum Cina dalam menghadapi PRU14.

“Kita berharap PRU14 akan menjelmakan sesuatu yang menggembirakan kepada MCA sama ada di peringkat negeri atau pusat,” katanya. – BERNAMA

Tags: MCAPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

Adakah Hanya Golongan Kaya Guna Lebih 200 Liter? – MCA

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mempersoalkan bagaimana kerajaan menentukan bahawa 10 peratus rakyat Malaysia yang menggunakan minyak RON95 lebih daripada 200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd