• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makanan Basi Di R&R: PLUS Tutup Gerai Terlibat

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN aduan seorang lelaki dakwa makanan yang dibelinya di kawasan rehat dan rawat (R&R), Plus Malaysia Berhad (PLUS) mengambil tindakan drastik dengan menutup gerai yang terlibat.

Menerusi satu kenyataan, Plus memandang serius dakwaan tersebut dan mengambil segala langkah yang sewajarnya bagi membolehkan orang ramai terus menikmati kemudahan, keselesaan dan jaminan kebersihan di semua premis lebuh raya kendaliannya.

“Sejurus mendapat maklumat tentang aduan tersebut, pihak PLUS telah menjalankan siasatan segera.

“PLUS telah mengarahkan gerai tersebut ditutup selama dua minggu berdasarkan bukti kesalahan yang didapati melalui video yang diviralkan baru-baru ini.

“Pihak kami sama sekali tidak akan berkompromi terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual di R&R kami,” katanya.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan secara rasmi dengan menghubungi PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku perkara yang sedemikian di masa hadapan agar tindakan segera dapat diambil untuk keselesaan pengguna lebuh raya kami.

Baru-baru ini kecoh di media sosial satu rakaman video perbualan seorang lelaki dengan pemilik gerai di R&R yang mengadu makanan dibelinya sudah basi.

Difahamkan kejadian ini berlaku di Hentian R&R Lebuhraya Selatan Kuala Lumpur, namun tidak didedahkan lokasi sebenar.

Lelaki tersebut mendakwa masakan telur masak merah dibelinya sudah basi dan menyedari perkara tersebut selepas pulang ke rumah untuk menikmati ketika bersahur.

“Tak elok buat macam ini, kalau makanan lama dihidangkan,” katanya yang mahu berjumpa dengan pemilik gerai tersebut.

Dalam rakaman tersebut turut kelihatan pekerja gerai tersebut mengambil binatang yang sudah mati di dalam makanan.

Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen dan menganggap makanan yang disediakan tidak bersih dan boleh mendatangkan penyakit kepada pelanggan.

Ada juga netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gerai di beberapa R&R kerana ada yang sengaja menjual makanan walaupun sudah basi dan tercemar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: makananPLUSrnrtercemar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd