• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkah BNM Bantu Ringgit Serap Kejutan Ekonomi

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan aktiviti kontrak hadapan tidak diserah (NDF) dan meminta pengeksport menukar sekurang-kurangnya 75 peratus pendapatan masing-masing di dalam ringgit, terbukti berkesan bagi membolehkan mata wang tempatan menyerap semua kejutan ekonomi.

Penganalisis Natixis, Trinh Nguyen, berkata kawalan dilaksanakan BNM itu menepis salah pandangan oleh kebanyakan peserta pasaran terhadap bank pusat negara ini yang dikatakan terlalu gemar melakukan kawalan modal bagi melindungi mata wangnya.

Katanya, sebelum BNM melaksanakan kedua-dua kawalan berkenaan, bank pusat itu sebenarnya membenarkan ringgit susut sebanyak 41 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Ia sama dengan apa yang dilakukan semasa krisis kewangan Asia, apabila bank pusat membenarkan ringgit susut sebanyak 88 peratus sebelum ia mengenakan kawalan modal.

“Dalam perkataan lain, bank pusat mengapungkan mata wang sebelum ia mengehadkan pergerakan modal,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Nguyen berkata, dalam kedua-dua kes, BNM secara berkesan membenarkan mata wang untuk menyerap semua kejutan ekonomi supaya akaun semasa dapat diseimbangkan.

Dalam keadaan itu, katanya BNM memilih untuk menggunakan fleksibiliti tukaran asing, walaupun ia suatu penyelarasan yang sukar sebelum kawalan modal dikenakan.

“Sama seperti krisis kewangan Asia, kami percaya nilai ringgit yang murah akan menyokong sendiri pemulihannya. Dengan adanya mata wang yang murah, eksport berjaya pulih dan import dapat dikurangkan memandangkan ringgit mengecilkan kuasa beli.

“Nilai ringgit yang agak murah ini terus menyokong lebihan akan semasa yang besar sehinggalah baru-baru ini,” katanya.

Mengenai tinjauan ringgit, beliau menjangkakan mata wang tempatan itu akan pulih kepada RM4.15 berbanding dolar AS tahun ini disokong oleh harga minyak lebih tinggi, peningkatan permintaan global, pemulihan akaun semasa dan BNM menggunakan dasar lebih agresif.

“Untuk lebih jelas, kami tidak mengatakan Malaysia akan keluar daripada masalah sepenuhnya.

“Sebagai contoh, walaupun aliran masuk modal meningkat, ia masih kecil berikutan sekatan ke atas NDF selain peraturan supaya pengeksport menukar pendapatan kepada ringgit memberikan masalah kepada pelabur langsung asing serta pelabur portfolio.

“Begitupun, kami percaya pematuhan pengeksport untuk membeli ringgit dan tinjauan pertumbuhan yang bertambah baik berjaya mengehadkan risiko terhadap mata wang ini.

“Justeru, ringgit pasti akan meningkat walaupun pada kadar yang sederhana,” katanya. Nguyen berkata, nilai ringgit yang lebih rendah mengekang kuasa beli pengguna, namun ia dapat menyokong sektor luaran.

Katanya, antara kesan sampingan harga minyak lebih tinggi, pemulihan aktiviti ekonomi dan mata wang yang rendah adalah kos mengimport lebih tinggi.

“Pada masa sama, inflasi mencatatkan aliran meningkat di negara ini. Setakat ini, BNM mengekalkan pendirian neutral dan menjelaskan bahawa inflasi adalah sementara dan akan susut pada separuh kedua tahun ini.

“Namun, kami menjangkakan BNM akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas untuk meredakan tekanan inflasi,” katanya. – Berita Harian

Tags: BNM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reflective Essay Topic Ideas

Next Post

Masa Untuk Proton-Geely Operasikan Perkongsian

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Masa Untuk Proton-Geely Operasikan Perkongsian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd