• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laksana Butang Panik Selewat-Lewatnya 31 Julai

oleh Ahmad Albab
15/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Grab Malaysia digesa menguatkuasakan butang panik pada aplikasi perkhidmatannya untuk keselamatan penumpang selewat-lewatnya 31 Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat khas bersama Grab Malaysia hari ini.

“Dalam mesyuarat berkenaan turut membincangkan kaedah yang diguna pakai untuk melantik pemandu GrabCar serta langkah pencegahan insiden buruk kepada penumpang.

“Mereka menyatakan komitmen dan kesediaan untuk melaksanakan butang panik tersebut dengan segera untuk memastikan keselamatan pengguna,” katanya kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade (MECC) di sini.

Nancy berkata butang panik pada aplikasi itu mempunyai Sistem Kedudukan Global (GPS) yang akan dihubungkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau keselamatan pengguna.

Jelasnya, pengusaha GrabCar juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan SPAD bagi menangani sebarang kejadian yang tidak diingini atau masalah kepada penumpang pada masa akan datang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah, kakitangan SPAD serta pengamal media.

Sebanyak 30 anak yatim, fakir miskin dan asnaf dari Rumah Kebajikan Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi turut diraikan dalam majlis itu. – BERNAMA

Tags: GrabCar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terpaksa Bawa Grab Selepas Tiada ‘Job’ Setahun

12/04/2018
0

SELEPAS setahun syarikat produksi miliknya tidak dapat sebarang tawaran untuk menerbitkan drama atau pun telefilem, Pengarah Urusan Enuja Production Sdn....

Maki ‘Polis Babi’, Pemandu Wanita GrabCar Ditahan

04/09/2017
0

BAYAN LEPAS - Seorang pemandu Grab ditahan selepas mengeluarkan kata kesat ke atas anggota polis yang menahannya di jalan masuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd