• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bakal Bentang Akta Khas Jenayah Siber

oleh Ahmad Albab
09/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan membentangkan akta khusus dalam usaha mengekang jenayah siber pada sidang Parlimen akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata draf akta itu telah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam.

Buat masa ini katanya, Akta Keselamatan Siber akan diteliti Peguam Negara sebelum dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

“Kerajaan serius dalam (menangani) jenayah siber ini, kerana ia juga termasuk dalam kuasa pihak agensi penguat kuasa bagi memantau sebarang aktiviti pengambilan (rekrut) pengganas atau dana yang digunakan dari sumber dalam atau luar (negara) bagi keganasan atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) atau lain termasuk perjudian dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai usaha kerajaan menangani aduan berhubung keselamatan siber yang secara purata diterima sebanyak 10,000 kes setahun.

Menurut Ahmad Zahid, dengan akta berkenaan kepentingan rakyat sewaktu menggunakan internet akan lebih terpelihara dan segala transaksi maklumat dalam talian tidak akan tergugat.

Justeru itu, katanya dengan adanya Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) menjadi agensi tunggal dalam mengkoordinasikan semua agensi yang menguruskan ancaman keselamatan siber, pemantauan dapat dilakukan setiap masa dan setiap aduan akan diambil tindakan perundangan.

“Kita melihat aspek keselamatan dan perlakuan jenayah sebagai keutamaan kepada kewujudan agensi berpusat ini,” tambah Ahmad Zahid.

NCSA pada dasarnya berkuat kuasa pada 1 Feb lepas di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Akta Fitnah 1957 dan Akta Hasutan 1948. – BERNAMA

Tags: jenayah siberZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd