• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pukul: Wanita Vietnam, 3 Lelaki Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
09/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiga lelaki dan seorang wanita Vietnam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Uber cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam itu di Paya Terubong di sini, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata tiga lelaki berusia 28 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Paya Terubong dan George Town, semalam.

“Tiga lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber berkenaan dan polis percaya, penahanan mereka dapat membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis menahan wanita Vietnam berkenaan bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan dia dicabul pemandu Uber berkenaan.

Menurutnya telefon bimbit wanita berusia 43 tahun itu sedang dianalisis bagi mendapatkan bukti berhubung dakwaannya dicabul kerana sebelum ini, dia mendakwa merakam kejadian tersebut.

Zainol berkata polis percaya dapat menyelesaikan kes itu susulan penahanan enam lelaki termasuk yang ditahan pada Rabu kerana terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber berusia 29 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Anuar Omar berkata dua telefon bimbit yang dirampas dalam kejadian itu telah dihantar ke forensik untuk dianalisis dan sehingga kini masih belum ada laporan terkini.

Beliau berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Semalam, tiga lelaki termasuk suami wanita Vietnam itu dan pemandu Uber berkenaan direman empat hari bagi membantu siasatan kes itu.

Pemandu Uber dan wanita Vietnam itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul manakala enam lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu Uber cedera di kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam. – BERNAMA

Tags: Pemandu Uberreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd