• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kerja Keras Tarik Pelaburan Ke Dalam Negara

oleh AK-47
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Kerajaan sentiasa bekerja keras dalam usaha menarik pelaburan luar ke negara ini dan memastikan ekonomi negara terus berkembang bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia terbukti apabila negara mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini walaupun dunia berdepan cabaran geopolitik serta keadaan tidak menentu di beberapa negara Eropah dan Timur Tengah ketika ini.

“Kerajaan mempunyai matlamat bagi memastikan pelaburan dan ekonomi negara terus berkembang kerana kita mahu menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golong muda di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Darul Falah yang dikunjungi lebih 10,000 pengunjung di sini, hari ini.

Mustapa berkata pelaburan negara luar amat penting bagi memastikan wujudnya peluang pekerjaan terutama untuk lepasan universiti.

“Lebih banyak pelaburan, lebih banyak peluang pekerjaan disediakan. Oleh itu kerajaan ketika ini terus berusaha menarik lebih banyak pelabur besar dan berpontesi dari Eropah, Jepun, China dan lain-lain negara untuk melakukan pelaburan dalam negara.

“Kita akan terus bekerja  walaupun menerima kritikan daripada banyak pihak kerana kita tahu ini adalah tanggungjawab kerajaan bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Justeru katanya rakyat perlu mengekalkan kemakmuran dan keamanan negara bagi membolehkan hasrat tersebut dapat dicapai kerana pelabur mementingkan kestabilan politik sebagai jaminan terhadap pelaburan mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd