• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Tumpu Eksport Sektor Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menumpukan lebih banyak eksport dalam sektor perkhidmatan bagi mempelbagaikan portfolio perdagangan negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kementeriannya akan mengambil tindakan yang lebih agresif untuk menggalakkan eksport perkhidmatan terutamanya dalam industri kreatif.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pekerja berkepakaran tinggi di dalam industri kreatif yang menghasilkan produk yang dikenali di negara luar seperti Upin dan Ipin serta Ejen Ali.

“Kita perlu lihat eksport dalam konteks yang lebih luas. Sekarang kita banyak eksport dalam sektor kelapa sawit, minyak dan gas.

“Media kreative ini walaupun kecil, (tetapi) tengoklah Upin dan Ipin umpamanya, ia mendapat tempat di Indonesia dan beberapa negara lain,” kata beliau selepas melancarkan Buku Laporan Tahunan MITI 2016 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Selain industri kreatif, Mustapa berkata beberapa industri lain dalam sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan perundangan dan pembinaan mempunyai potensi untuk dikembangkan.

“Kita masih banyak import kerja-kerja perundangan yang diperlukan. Kita boleh mendapatkannya dari luar tetapi kalau ketidakseimbangan terlalu besar, sekurang-kurangnya 3:1 antara import dan eksport perkhidmatan perundangan, maknanya kita kena bina kepakaran peguam-peguam kita untuk menandingi peguam-peguam luar,” tambahnya.

Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan kekal dengan sasaran pertumbuhan lima peratus pada tahun ini bersandarkan cabaran geopolitik dan ketidaktentuan dalam harga minyak.

“Susulan ketidaktentuan ini, kita mengekalkan unjuran sebanyak lima peratus dalam perdagangan walaupun dalam empat bulan pertama, ia lebih 20 peratus namun tiada jaminan ia akan kekal,” katanya.

Buku Laporan MITI 2016 merupakan edisi ke-25 sejak penerbitan pertamanya pada 1993. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program UMNO Bantu Rakyat Tanpa Prejudis Politik

Next Post

Adik-Beradik Bergadai Nyawa Cari Mayat Adik

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

Next Post

Adik-Beradik Bergadai Nyawa Cari Mayat Adik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd