• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam! Mayat Warga Bangladesh Dikerat Enam

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG buruh kontrak pembinaan ditemui mati dibunuh dalam keadaan kejam apabila mayatnya dikerat sebelum dimasukkan ke dalam tiga karung guni plastik di rumah berkembar satu tingkat di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani 1, Kedah pagi, semalam.

Harian Metro melaporkan, lelaki warga Bangladesh itu yang dikenali sebagai Azad Late Mofyanuddin, 38, ditemui selepas teman wanita mangsa warga tempatan, 31, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani untuk mengesan teman lelakinya yang disyaki hilang sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, teman wanita mangsa cuba bertemu dengan teman lelakinya di rumah sewa di Kampung Pengkalan Lebai Man itu sebelum ini, namun dihalang oleh dua rakan senegara mangsa yang tinggal serumah.

“Teman wanita mangsa mempunyai akses ke rumah itu berbekalkan kunci yang pernah diberikan oleh mangsa. Dia kemudian bersama anggota polis masuk ke rumah berkenaan dan apabila dibuka, didapati kedua-dua teman serumah mangsa sudah tiada.

“Namun, terdapat bau busuk memenuhi segenap ruang berkenaan dan pemeriksaan lanjut di dapur rumah itu mendapati terdapat kesan air kehitaman yang mengalir di bahagian bawah di belakang kabinet dapur berkenaan,” katanya.

Pemeriksaan di dalam rumah menemui tiga bungkusan guni plastik yang disumbat di bawah ruang berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat bahagian badan manusia yang dipotong menggunakan senjata tajam dan mangsa dipercayai sudah dibunuh dan dikerat di dapur berkenaan sejak empat hari lalu iaitu pada 10 Jun lalu.

Katanya, bahagian mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Asri berkata, polis kini sedang mengenal pasti dua rakan serumah mangsa yang menghilangkan diri selepas kejadian.

Menurutnya, dua lelaki yang juga warga Bangladesh itu dikenali sebagai Zul berusia 37 tahun dan bekerja sebagai pembantu kedai di kedai makanan sejuk beku di Pekan Lama Sungai Petani dan Nur yang berusia 50 tahun, bekerja di kilang di Bakar Arang, Sungai Petani.

“Mangsa dipercayai sudah tinggal di rumah sewa itu bersama dua rakannya sejak lima bulan lalu dan kita percaya kedua-dua rakan serumah ini dapat membantu siasatan kami untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Sementara itu, hasil bedah siasat yang selesai malam semalam mendapati mangsa maut akibat pukulan objek tumpul pada kepala dan lehernya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mayat mangsa dikerat enam bahagian sebelum disumbat ke dalam tiga guni plastik.

“Mangsa dipotong secara kemas di bahagian sendi kaki dan tangan dengan objek yang tajam dan berat. Bahagian organ dalaman tidak terjejas.

“Guni pertama berisi bahagian kepala hingga ke pusat badan manakala guni kedua mengandungi bahagian badan pinggang hingga ke lutut.

“Guni ketiga pula berisi kedua-dua belah lengan tangan dan betis kaki,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BangladeshKeratKerat Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

Lelaki Bangladesh Dalang Sindiket Pemalsuan Pasport Ditahan

29/08/2024
0

Petaling Jaya : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen dengan penahanan lima lelaki warga Bangladesh dalam Operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd