• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejahatan AS Bukan Perkara Baharu

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IRAN pernah menyebut: AS adalah Paksi Kejahatan.

Campurtangan AS dalam konflik dunia bukan isu baharu. Selepas menyertai Perang Dunia Kedua (WW2) pada 1941-1945, Washington mengekalkan polisi campur tangan asing sebagai sebahagian daripada agenda AS.

AS mengetuai Blok Barat sejak pasca WW2 dengan mencipta perseteruan bersenjata dengan Blok Timur diketuai Rusia selama empat dekad.

Konflik pada tempoh itu mencetuskan Perang Korea bermula 25 Jun 1950 hingga 27 Julai 1953.

Perang ini membunuh 645 ribu rakyat Korea Selatan dan 147 ribu rakyat Korea Utara. Manakala 50 ribu tentera AS direkodkan maut.

Setelah gagal menduduki Korea Utara, AS terlibat lagi mencetuskan perang anti komunis di Indo China. AS melancarkan Perang Vietnam pada 1957 dan berakhir dengan kekalahan pada 30 April 1975.

Dalam tempoh 18 tahun perang itu, lebih 1.1 juta rakyat Vietnam terbunuh. Manakala 800 ribu cedera dan menanggung kecacatan seumur hidup.

Selepas berakhir era Revolusi Bolshevik 1917 dan jatuhnya komunis di Rusia pada 1987, AS mengalihkan dasar campur tangannya secara strategik terhadap negara Islam.

Selain bermain kayu tiga di Afghanistan yang menjerumuskan konflik berpanjangan sejak 1987 hingga kini, AS meluaskan kuasa kejahatan perangnya secara langsung di Iraq.

AS menyerang Iraq pada 20 Mac 2003 dibawah arahan pentadbiran George W. Bush dan disokong Britain pimpinan Perdana Menteri Tony Blair.

Alasannya mudah. Iraq terbabit dengan peristiwa pengeboman WTC pada 11 September 2011. AS memusnahkan reputasi Iraq yang kempen persepsi bahawa Baghdad membangunkan senjata nuklear.

AS menyokong pemisah Kurdis untuk berperang dengan tentera Iraq dan mengunakan foto-foto serangan balas Baghdad sebagai promosi kezaliman yang mesti dihentikan. Kombinasi AS dan agensi berita CNN dan BBC berjaya meyakinkan dunia, bahawa Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein seorang Menteri Iraq, Saddam Hussein seorang penjenayah.

Selain kempen moral, AS menyerang imej Baghdad dengan isu membangunkan senjata nuklear dan berniat menyerang Israel.

Saddam yang pernah menjadi ayam laga AS ketika berperang melawan Iran dihancurkan imejnya sebagai pemimpin yang zalim dan berbahaya kepada dunia.

Dengan megah, pada 20 Mac 2003, AS mengetuai Tentera Bersekutu melalui Ops Desert Storm menyerang Iraq. Armada laut dan darat digerakkan dengan sokongan sekutu Rantau Teluk terutama Arab Saudi dan Kuwait.

Proses penyembelihan Iraq disiarkan secara langsung di seluruh dunia melalui CNN dan BBC.

Untuk pertama kali dalam sejarah perang, kuasa tentera membenarkan wartawan menyertai misi perang. membenarkan wartawan menyertai misi perang.

CNN dan BBC berada di garisan hadapan dan melaporkan tiap detik demi detik mengenai perkembangan inci demi inci, kejayaan tentera AS dan sekutunya menduduki bumi Iraq.

Serangan 20 Mac itu lengkap pada 15 Disember apabila seluruh Iraq ditawan dan kerajaan Saddam ditumbangkan.

Ironinya, hingga hari ini senjata nuklear yang dituduh milik Iraq tidak pernah ditemui. Malah, hingga hari ini, dunia tidak mempedulikan pembohongan AS mengenai tuduhan itu yang menjadi punca serangan berdarah mengorbankan lebih 100 ribu penduduk Iraq.

AS menyerang Iraq tanpa konsensus PBB. Walaupun pada 2002 Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 1441, menyeru Iraq berkerjasama membenarkan pemeriksaan senjata nuklear. Iraq mematuhinya.

Suruhanjaya Pengawasan, Pengesahan dan Pemeriksaan PBB dibenarkan masuk dan mengesahkan tidak menemui sebarang bukti wujudnya senjata pemusnah besar-besaran.

Dua tahun sebelum memusnahkan Iraq, AS menyerang Afghanistan.

Tuduhannya hampir sama: Kabul yang dipimpin Rejim Taliban dituduh melindungi pengganas Al Qaeda yang disyaki terbabit dalam kejadian 11 September 2011.

7 Oktober 2001, AS menyerang Afghanistan.

Kempen Perang Menentang Keganasan itu memusnahkan kerajaan pro Islam Taliban yang dituduh melindungi Osama Ben Laden, pemimpin Al Qaeda.

AS berjaya menyeret sekutunya Britain, Perancis, Belanda dan Australia ikut serta. Afghanistan yang tidak pernah stabil sejak pendudukan Rusia pada 1979, musnah teruk. Setelah menjatuhkan Taliban, AS melantik kerajaan boneka Hamid Karzai yang pro Washington.

Sejak itu hingga kini, Afghanistan tidak pernah aman. Malah, kini menjadi antara negara paling tidak aman dan termiskin di dunia.

Begitulah AS. Tidak kira samada diperintah Demokrat atau Republikan, Washington tidak pernah berubah daripada polisi campur tangan asing.

Kalau tidak dengan campur tangan ketenteraan, AS akan menggunakan pelbagai gerakan massa untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukainya. Fokusnya jelas tertumpu pada negara Islam.

Sejak 2011, gerakan massa tajaan AS mencetuskan kekacauan di Algeria, Tunisia, Libya, Mesir dan Syria.

Pada tempoh sama, gerakan massa tajaan AS terus mengganggu Iran, Turki dan Malaysia.

Betullah kata Iran: AS Paksi Kejahatan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Irankejahatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Kesalahan Solekan Sering Dilakukan Wanita Malaysia

Next Post

Kanak-Kanak Maut, Kereta Dinaiki Langgar Pokok

Related Posts

Iran Pintas Serangan Udara Israel, Lapor Kerosakan Terhad

Iran Pintas Serangan Udara Israel, Lapor Kerosakan Terhad

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Iran menyatakan bahawa serangan udara Israel yang menyasarkan pusat-pusat ketenteraan di Tehran, wilayah barat Ilam serta wilayah...

Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan

Iran Sahkan Pembunuhan Haniyeh, Siasatan Sedang Dijalankan

31/07/2024
0

ANKARA : Kementerian Luar Negeri Iran hari ini mengesahkan kematian Ismail Haniyeh, ketua kumpulan Hamas, dengan menegaskan bahawa siasatan sedang...

Next Post

Kanak-Kanak Maut, Kereta Dinaiki Langgar Pokok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd