• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Pertimbang Hoki Lelaki Dalam Program Podium

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan cadangan supaya skuad hoki lelaki negara dimasukkan ke dalam Program Podium.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cadangan berkenaan akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Penilaian Program Podium selepas berakhirnya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Beliau menjelaskan program berkenaan yang dilancarkan tahun lepas mengamalkan konsep pintu terbuka kepada mana-mana atlet kebangsaan mahupun sesebuah pasukan berdasarkan prestasi semasa masing-masing.

Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlangan di pentas dunia termasuk pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia merupakan satu kebangkitan yang baik di bawah pengurusan terkini,” kata Khairy pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Olimpik Sedunia di sini, hari ini.

Turut hadir pada sambutan berkenaan ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar dan beberapa bekas atlet kebangsaan.

Malaysia menempah tiket ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 selepas menewaskan India 3-2 pada aksi suku akhir saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, semalam.

Kejayaan mara ke separuh akhir sudah memadai untuk skuad kebangsaan kendalian Stephen Van Huizen beraksi di Piala Dunia buat kali kelapan.

Untuk rekod, Malaysia pernah beraksi dalam tujuh edisi hoki Piala Dunia –  1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.

Dalam pada itu, Khairy menggesa pasukan hoki wanita yang kini bersaing pada pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussel, Belgium supaya menjadikan kejayaan tersebut sebagai contoh terbaik untuk mengulangi pencapaian sama.

“Saya mengucapkan selamat berjuang kepada mereka (hoki wanita) dan terus kekalkan prestasi serta mencontohi apa yang telah dibuat pasukan lelaki,” ujarnya.

Skuad wanita kebangsaan kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah masih belum mencatatkan sebarang kemenangan setelah tewas 0-3 kepada juara tiga kali Sukan Olimpik, Australia pada 21 Jun dan kalah 1-3 kepada Sepanyol pada aksi kedua kumpulan B, awal pagi tadi.

– BERNAMA

Tags: Hoki LelakiKBSKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd