• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kasihankan Serina, Chef Wan ‘Basuh’ Bekas Menantu Di IG

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAPA mana yang tidak bersikap protektif terhadap anak perempuannya, apatah lagi apabila cahaya matanya itu diperlakukan dengan tidak sewajarnya oleh suami sendiri.

Naluri kebapaan chef selebriti terkenal Redzuawan Ismail, 59, atau Chef Wan dicabar sekali lagi apabila bekas suami anaknya, Serina tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya.

Meluahkan perasaannya di Instagram, Chef Wan memuat naik gambar kulit depan majalah Wanita yang menampilkan dirinya dan Serina berserta kapsyen yang menyatakan kemarahannya terhadap bekas suami Serina.

Ia merujuk sikap degil lelaki berkenaan enggan untuk hadir ke sebuah mahkamah syariah bagi menyelesaikan kes perceraian mereka.

My X menantu yg bangsat tu bila Mahkamah panggil untuk menjatuh kan talak my daughter 2 hari yg lalu buat la mcm2 alasan konon ada kerja la tak boleh dtg dan tak tahu menahu la padahal email pun our lawyer dah hantar pada dia to come say my daughter. This is not the first time he does this. Dia ingat kuasa penceraian tu ada pada dia sahaja ke? Not only he is a coward but also arrogance. Kita tengok aja nanti setinggi mana tupai itu nak melompat? Mahkamah Syariah pun ada caranya untuk jatuh kan talak jika beliau tidak melalu kan keadilan terhadap isterinya. He has no shame the fact that he cannot afford to look after my daughter well and make her happy instead just release her la. Tapi tidak nak bermain tarik tali pulak and told Rina dia tak nak cerai kan dia pulak. Choi sueh punya Jantan ni muka tak tahu malu agaknya! Hidup hanya tahu nak menyusah kan kita pulak! U cant afford to look after your wife like most decent human beings who understand the husband tanggung jawab then let her go aja la kan…. Stop playing games u idiot as we are busy people got no time for all this drama minggu ini and all the bullshit that u have brought into our life all this years. What a looser!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on Jun 7, 2017 at 10:40pm PDT

Dalam posting yang dimuat naik 24 jam yang lalu, Chef Wan menyatakan bahawa bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh pura-pura tidak tahu-menahu mengenai perintah mahkamah yang perlu dihadirinya bagi menjatuhkan talak kepada Serina dua hari yang lalu.

“Ini bukanlah kali pertama dia (Gavin) buat begini. Dia ingat kuasa perceraian tu ada pada dia sahaja ke?

“Dia bukan sahaja seorang pengecut, tetapi juga sombong. Kita tengok aja nanti setinggi mana tupai itu nak melompat?” tulis Chef Wan.

Tambah Chef Wan lagi, jika Gavin berniat mahu menggantung Serina tanpa tali, dia silap besar kerana Mahkamah Syariah mempunyai cara untuk jatuhkan talak jika suami tidak berlaku adil terhadap isterinya.

“Gavin tidak tahu malu langsung, jika dia tidak mampu untuk menjaga anak saya dengan baik dan membahagiakannya, lebih baik ‘bebaskan’ Serina.

“Tapi tidak nak bermain tarik tali pulak and told Rina dia tak nak cerai kan dia pulak. Hidup hanya tahu nak menyusah kan kita pulak!

“Hentikan permainan kamu, kami orang yang sibuk dan tiada masa layan drama minggu ini dan segala kebodohan yang kamu telah bawa ke dalam hidup kami sejak beberapa tahun ini. What a looser!” luah Chef Wan lagi.

Inilah yang dikatakan, kasih ibu dibawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Meskipun Serina sudah dewasa dan mempunyai anak sendiri, namun Chef Wan sebagai bapa masih rasa bertanggungjawab terhadapnya.

Dia tetap mahukan yang terbaik untuk anak perempuan kesayangannya itu. Respek la, Chef Wan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis ceraiceraiChef Wanserina redzuawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Bakal Bentang Akta Khas Jenayah Siber

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Raja Ahmad

Related Posts

‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

‘Abang Viva’ Ceraikan Isteri Dengan Talak Satu

17/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Wira banjir, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai 'Abang Viva' sah bercerai talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria,...

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Next Post

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Raja Ahmad

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd