• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Helikopter Asing Wajib Jalani Latihan

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kementerian Pengangkutan bakal menguatkuasakan peraturan di mana setiap juruterbang helikopter asing wajib menjalani latihan di sini terlebih dahulu sebelum dibenarkan bertugas secara bersendirian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peraturan berkenaan mendapat kebenaran kabinet kira-kira dua minggu lepas dan telah diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk diwartakan sebelum dikuatkuasakan.

“Saya telah arahkan (DCA) untuk memperincikan peraturan ini, dijangkakan peraturan ini akan selesai digazetkan dan akan dikuatkuasakan dalam masa kira-kira sebulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Muzik Klang di sini hari ini.

Laporan akhir nahas helikopter Eurocopter AS350 yang terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak pada Mei tahun lalu menyebut ia disebabkan keadaan cuaca buruk dan juruterbang yang tidak biasa dengan kawasan persekitaran.

Dalam laporan akhir itu, Kementerian Pengangkutan ada mencadangkan agar juruterbang helikopter asing agar menjalani latihan untuk membiasakan diri selama 10 jam sebelum dibenarkan beroperasi secara bersendirian.

Tambah beliau peraturan berkenaan bukan bertujuan untuk menyukarkan juruterbang asing bekerja di sini tetapi ia adalah untuk tujuan keselamatan.

“Kami mengalu-alukan kehadiran mereka tetapi keadaan muka bumi dan cuaca di sini terutamanya di Sabah dan Sarawak adalah berlainan, juruterbang tidak boleh hanya bergantung kepada sistem kedudukan global sahaja, juruterbang perlu tahu laluan alternatif lain sekiranya laluan asal mengalami cuaca buruk.

Juruterbang perlu tahu di mana kawasan yang sesuai untuk mendarat sekiranya perlu berbuat demikian, peraturan ini bukan untuk menyukarkan mereka (juruterbang asing) tetapi untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.

Kejadian pada 5 Mei tahun lepas, mengorbankan enam orang termasuk juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Rapas, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad. – BERNAMA

Tags: DCAhelikopterJuruterbang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dikecam Selfie, Janna Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap

Next Post

Lelaki Ini Dikecam Dedah Kebenaran Hidup Di Perlis

Related Posts

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

Tiga Anggota Tentera Cedera, Helikopter Mendarat Cemas

28/06/2024
0

KLUANG - Seorang pegawai dan dua anggota Tentera Darat Malaysia (ATM) mengalami patah tulang belakang selain luka-luka di bahagian anggota...

Pemilik Restoran Teruja Pelanggan Datang Naik Helikopter

Pemilik Restoran Teruja Pelanggan Datang Naik Helikopter

28/04/2024
0

LANGKAWI : Seorang pemilik restoran menyifatkan kunjungan pelanggan untuk menikmati makan tengah hari di restorannya di sini, hari ini, dengan...

Next Post

Lelaki Ini Dikecam Dedah Kebenaran Hidup Di Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd