• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Berpengalaman Ini Sedia Selamatkan MU

oleh Ahmad Albab
02/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERBIAR tanpa nakhoda selepas Ketua Jurulatihnya, Eric Williams direhatkan pada hujung minggu lalu, Melaka United dijangka mengambil pengendali tempatan membimbing pasukan itu yang kini tersadai di zon penyingkiran Liga Super.

Nama yang disebut-sebut bakal kendalikan Melaka United ialah seorang jurulatih yang tidak cukup asing lagi di persada bola sepak tempatan iaitu Mohd. Azraai Khor Abdullah.

Walaupun kurang menjadi dengan beberapa pasukan dilatih sebelum ini terutama ketika bersama Kelantan dan T-Team, Azraai masih dianggap sifu dalam kancah bola sepak tempatan kerana kejayaan membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008.

Azraai difahamkan cukup berminat jika Melaka United mahu mengambilnya sebagai ketua jurulatih dan sedia ambil cabaran biarpun tahu pasukan sedang berjuang di zon penyingkiran.

“Sudah tentu saya begitu rindukan tugas sebagai ketua jurulatih dan bila mendapat tahu Melaka ada senaraikan saya, tidak nafikan saya cukup teruja.

“Namun, pihak pengurusan Melaka belum lagi hubungi saya cuma tidak nafikan jika ada tawaran, memang saya berminat.

“Terdapat beberapa pemain Melaka pernah di bawah bimbingan Azraai semasa bersama skuad Harimau Muda iaitu Nazri Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Faizal Muhammad.

“Selain itu, saya rasa Melaka turut bariskan ramai berpotensi dan jika diberi peluang, saya cuba bawa pasukan kekal di saingan Liga Super, musim depan, ” katanya.

Pasukan terakhir dibimbing Azraai ialah Sabah namun dia meletak jawatan tidak sampai sebulan sebelum itu kerana terdapat isu dalaman Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).

Selain cipta banyak kejayaan di Kedah, Azraai juga pernah bawa Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia pada 2011 dan Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA 2015.

Selain Azraai, bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K.Rajagobal turut berada dalam radar Melaka United.

Melaka United baru sahaja menandatangani pemain import pertahanan dari Macedonia, Jasmin Mecinovic, dan dijangka akan melakukan beberapa rombakan penting termasuk pemain tempatan.

Antara pemain tempatan yang baharu dibawa masuk ialah Mohd. Nor Hakim Isa dari Perak manakala Azinee Taib masih dalam perbincangan dengan Johor DT II. – mStar Online

Tags: jurulatihMelaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

16/07/2023
0

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sebuah...

Jurulatih ‘Miang Keladi’ Sah Letak Jawatan

Jurulatih ‘Miang Keladi’ Sah Letak Jawatan

02/04/2023
0

SHAH ALAM – Jurulatih berbasikal bukit (MTB) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet wanita di bawah kendaliannya disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd