• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKR Sabah Cadang Bina Rumah Transit Pemilik Tanah

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mencadangkan kerajaan pusat membina kuarters transit sebagai kemudahan tempat tinggal sementara kepada pemilik tanah yang terlibat dalam pengambilan tanah bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Pengarahnya, Ir. Amrullah Kamal berkata kaedah itu merupakan alternatif terbaik bagi pemilik tanah yang tidak mempunyai rumah lain dan memerlukan masa panjang untuk berpindah seterusnya melambatkan proses pengambilan tanah.

Beliau berkata kelewatan proses pengambilan tanah akan menjadi kekangan bagi mempercepatkan lagi projek pembinaan lebuh raya berkenaan jika tidak ditangani secara komprehensif.

“Setakat ini, kerjasama diberikan pemilik tanah adalah sangat baik dan mereka amat mengalu-alukan pembinaan lebuh raya ini. Justeru, kerajaan boleh mengambil inisiatif membina kuarters transit sebagai alternatif untuk mereka,” katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa anjuran Borneo Highway PDP (BHP) Sdn. Bhd., di sini, malam tadi.

Amrullah berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan itu kepada agensi berkaitan di peringkat pusat dan kini sedang menunggu maklum balas sama ada menerima ataupun tidak cadangan berkenaan.

“Kami sedang mendekati kerajaan untuk meminta peruntukan bagi membina rumah transit ini berjumlah 100 unit dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Amrullah juga berharap setiap pemilik tanah yang terlibat dalam pengambilan tanah di sepanjang jajaran 706km lebuh raya itu memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak perlu gusar tentang pembayaran pampasan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Safar Untong berkata pengambilan tanah untuk projek berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah.

“Kami akan menilai tanah serta bangunan terlibat dan membayar pampasan mengikut nilai semasa tanah,” katanya, dan menambah pihaknya tiada sebarang masalah bagi tanah yang tidak mempunyai bangunan kerana mereka boleh memberi kebenaran masuk kepada kontraktor melakukan kerja pembinaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Urusan BHP, Ir Shahelmey Yahya berkata projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mempunyai 35 pakej dengan, lima pakej sedang dalam fasa pembinaan manakala 30 lagi akan ditender mulai bulan ini sehingga penghujung tahun ini.

“Jumlah keseluruhan (jajaran lebuh raya) di bawah lima pakej ini kira-kira 70km yang sedang rancak dalam pembinaan dan RM1.7 bilion jumlah kontrak setakat ini yang telah diberikan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKRRumah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Jatuh Lagi Minggu Ke-3 Berturut-Turut

Next Post

Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Next Post

Ngeri! Rakaman Wanita Terjun Bangunan Tersebar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd