• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKN Keluarkan 30 Kompaun Kepada Peniaga Bazar

oleh Ahmad Albab
17/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah mengeluarkan 30 kompaun pelbagai kesalahan sepanjang Op Ramadan yang bermula pada hari pertama puasa sehingga kini.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Othman berkata kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap peniaga bazar Ramadan yang gagal mematuhi Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Kita menjalankan operasi sepanjang Ramadan bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat sebagai inisiatif mengelakkan isu pencemaran dan keracunan makanan daripada berlaku.

“Setakat ini, sebanyak 46 tapak bazar Ramadan membabitkan 1,769 premis makanan telah diperiksa termasuk 34 restoran dan hotel yang turut menawarkan bufet Ramadan serta 15 premis pembekal bahan mentah dan enam kilang ais,” katanya kepada pemberita selepas melaksanakan Op Ramadan di bazar Ramadan Masjid Tanah di sini malam tadi.

Katanya secara keseluruhan, tahap kebersihan bazar Ramadan yang beroperasi di negeri itu berada pada tahap yang memuaskan kerana hanya satu kilang ais yang beroperasi di Melaka Tengah telah diarahkan tutup selama 14 hari kerana tidak memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan.

Beliau menyeru kepada semua pengendali makanan agar sentiasa mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan ketika menjual juadah berbuka puasa kepada orang ramai.

“Masyarakat juga dinasihatkan agar bijak membuat pilihan premis ataupun gerai makanan yang memenuhi piawaian dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bazar ramadankompaun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

Kegiatan Kartel Jual Beli Lot Bazar Ramadan Didedah Esok – PPPBWPKL

12/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL) akan mendedahkan secara terperinci kegiatan kartel dalam jual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd