• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga-Jaga! Ada Mata Perhati Guna Lorong Kecemasan

oleh AK-47
29/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APABILA berhadapan dengan kesesakan lalu lintas sudah tentu ada pemandu yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan lorong kecemasan.

Sudah jelas bahawa lorong kecemasan bukan digunakan untuk kenderaan biasa tetapi masih ada juga pemandu yang ‘degil’ hanya kerana mahu cepat sampai ke destinasi.

Namun, pernahkah anda sebagai pemandu memikirkan kesan daripada tindakan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati boleh mendatangkan masalah kepada orang lain?

Tindakan menggunakan lorong kecemasan ini boleh membahayakan nyawa orang lain yang jelasnya memerlukan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, ambulans ataupun polis.

Tetapi sebagai pengguna jalan raya ini, hanya satu sahaja yang difikirkan iaitu mahu mengelakkan kesesakan dan sudah tentu mahu sampai ke destinasi dengan kadar segera.

Mungkin pengguna jalan raya boleh mempraktikkan cara yang dilakukan seorang pemandu Myvi ini bagi menghalang pemandu lain menggunakan lorong kecemasan.

Video pemandu Myvi yang sengaja memandu di antara lorong kiri dan kecemasan bagi memastikan pemandu lain tidak menggunakan laluan kecemasan.

Rakaman video tersebut menjadi tular di laman sosial dan mendapat pujian netizen serta menganggap itu sebagai pengajaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bagaimanapun, tidak dipastikan lokasi kejadian tersebut namun dapat dilihat keadaan ketika itu sesak dan kenderaan bergerak perlahan.

Sudah tentu pada musim perayaan ini, pastinya ada yang mencuba ‘nasib’ menggunakan laluan kecemasan.

Hati-hati kerana jika sebelum ini pesalah hanya dikenakan saman sebanyak RM300 atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan, tetapi jumlah saman itu agak rendah dan langkah itu tidak memberi kesedaran kepada mereka.

Namun, tahun lalu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dan akan mengheret pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan ke mahkamah berkuatkuasa serta-merta.

Mereka yang masih berdegil menggunakan lorong itu akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

Jika pesalah tidak ditahan pihak berkuasa, jangan risau kerana pengguna jalan raya yang lain boleh menjadi ‘mata-mata’.

Mereka ini akan mengambil gambar kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan dengan sengaja dan dihantar ke JPJ untuk tindakan selanjutnya.

Jadi, jangan menggunakan lorong kecemasan jika anda tiada kecemasan.

Biar lambat asalkan selamat. Sayangi nyawa anda dan keluarga dan jangan biarkan orang lain menangis kerana sikap mementingkan diri sendiri di jalan raya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lorong kecemasanpemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd