• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Baru Betul ‘Pandu Terus’ Masuk Kedai

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Kerana malas berhentikan kereta ketika hujan, seorang lelaki sanggup memandu terus untuk masuk ke dalam sebuah kedai runcit di China, lapor media negara itu.

Rakaman kamera keselamatan kedai di Zhenjiang di wilayah Jiangsu itu menunjukkan kereta berkenaan dipandu masuk menerusi pintu depan pada lewat Sabtu lalu.

Rakaman itu dikongsikan akhbar tempatan People’s Daily menerusi laman Twitter, semalam. Ia bagaimanapun tidak menyatakan tempat kejadian.

Dalam video itu, pekerja kedai nampak terkejut dan berlari ke arah kereta berkenaan sebaik ia berhenti di dalam kedai berkenaan.

Dia kemudian dilihat menyerahkan beberapa barangan dari rak kedai itu sebelum mengambil wang dan memulangkan baki kepada pemandu terbabit.

Kereta itu kemudian dilihat perlahan-lahan berundur manakala pekerja berkenaan melambai kepada pemandu berkenaan.

Pemandu itu dilaporkan membeli sebungkus kerepek kentang dan sebotol minuman yogurt, lapor portal Sina.com menerusi laman Weibo.

Pengguna Internet membuat andaian pemandu itu tidak mahu keluar dari kereta kerana hujan dan masa itu sudah agak lewat.

Pengguna Twitter Ahas OConnor berkata: “Dia patut diberikan ‘A’ kerana amat kreatif!” – Agensi/myMetro Online

Tags: kedaipemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

24/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

13/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd