• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Diramal Negara Paling Ramai Penduduk 2024

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – India dijangka mengatasi China untuk menjadi negara dengan jumlah penduduk paling ramai di dunia menjelang 2024.

Menurut ramalan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pada masa ini China ada 1.4 bilion penduduk mewakili sebanyak 19 peratus penduduk dunia manakala India dengan 1.3 bilion penduduk, iaitu mewakili 18 peratus.

“Dalam masa kira-kira tujuh tahun lagi atau pada 2024, jumlah penduduk di India dijangka mengatasi penduduk China,” demikian menurut laporan bertajuk ‘Prospek Populasi Dunia: Semakan 2017’ yang diterbitkan Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial PBB.

Jumlah semasa penduduk dunia sebanyak 7.6 bilion, dijangka meningkat kepada 8.6 bilion pada 2030. Pada tahun 2050 pula, jumlahnya bakal naik kepada 9.8 bilion dan menjelang penghujung abad ini, jumlah penduduk dunia dijangka mencecah 11.2 bilion.

Berdasarkan laporan itu, penduduk India dijangka mencecah 1.44 bilion pada 2024, 1.5 bilion menjelang 2030 dan 1.66 bilion pada 2050.

China dan India pada dasarnya akan mempunyai jumlah penduduk yang hampir sama dalam tempoh tujuh tahun lagi, namun China dijangka mengalami kemerosotan dari segi bilangan penduduk selepas tahun 2030.

Dengan pertambahan kira-kira 83 juta penduduk dunia setiap tahun, aliran peningkatannya dijangka berterusan, kata laporan itu.

Sementara itu Nigeria, negara ketujuh paling banyak penduduk, bakal mengatasi Amerika Syarikat (AS) dan dijangka menjadi negara ketiga memiliki paling banyak penduduk sebelum tahun 2050.

Kajian PBB itu mendapati, separuh daripada pertumbuhan penduduk dunia sepanjang tiga dekad akan datang dijangka tertumpu di sembilan negara iaitu India, Nigeria, Republik Demokratik Congo, Pakistan, Habsyah, Tanzania, AS, Uganda dan Indonesia. – BERNAMA

Tags: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Sokong Penyelesaian Politik Dikawal Rakyat Afghanistan

14/09/2021
0

PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan sokongan Malaysia ke atas proses inklusif yang dipimpin, dimiliki serta dikawal oleh...

Covid-19 Krisis Kesihatan Terburuk Dalam Sejarah PBB

20/03/2020
0

GENEVA - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai krisis kesihatan paling teruk dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd