• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Semai Politik Kebencian Tidak Berasas

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menempelak segelintir ahli politik pembangkang yang sengaja menggunakan gambarnya dalam beberapa program bersama pemimpin BN untuk menanam politik kebencian.

Beliau berkata, semua bentuk program tersebut adalah dalam kerangka membentuk satu budaya politik yang matang dan berhemah yang menguntungkan rakyat.

“Namun, segelintir ahli politik pembangkang yang tidak matang menjadikan gambar-gambar saya bersama dalam majlis-majlis tersebut sebagai isu dan modal politik murahan untuk kepentingan politik sempit mereka bagi mengheret rakyat terus menaja agenda politik kebencian tidak berasas.

“Politik kebencian tidak berasas mungkin memberi keuntungan jangka masa pendek bagi setengah ahli politik namun ia merosakkan pembinaan tamadun bangsa dan negara untuk jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sebagai pembangkang PAS terus memberikan pelbagai pandangan kepada kerajaan serta mengkritik pelbagai dasar parti politik pemerintah yang tidak memberikan keuntungan kepada negara dan rakyat sebagai satu proses semak dan imbang.

“Budaya lama berpolitik sehingga berpatah arang berkerat rotan sudah berlalu. Generasi baru Malaysia menuntut satu perubahan dalam gaya berpolitik.

“Malah PAS terus konsistan mengkritik dasar GST yang tidak patuh Syariah, tegas menentang TPPA, menolak penglibatan kerajaan dalam penubuhan bank riba AIIB dan pelbagai lagi isu negara,” katanya.

Beliau berkata, segala kritikan dan perbezaan pandangan politik perlu dilaksanakan dalam ruang lingkup budaya matang, sejahtera dan berakhlak berasaskan konsep nasihat dan amar makruf nahi mungkar.

“Kita boleh berbeza pandangan dan berbalas hujah di Parlimen dan DUN tapi tidak untuk menjadi seperti kera dan monyet yang menjerit dan berteriak di dalam hutan.

“Demokrasi perlu dihormati. Sidang Parlimen dan DUN adalah medan berwacana bukan bertegang leher menunjuk ‘hero’,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PASpembangkangpolitik kebencian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya

Next Post

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang Kritikal

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang Kritikal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd