• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hawk 108 Tiada Kotak Hitam, Cabaran Bagi TUDM

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sememangnya tidak memiliki kotak hitam merupakan antara cabaran terbesar kepada TUDM dalam mengumpul bukti dan menyiasat tragedi nahas pesawat itu, kata Panglima TUDM Jen Datuk Seri Affendi Buang.

Beliau berkata pesawat berkenaan yang tidak memiliki kotak hitam adalah kerana untuk melindungi operasi ketenteraan TUDM dalam menjalankan sebarang misi.

“Kebanyakan pesawat TUDM yang sedia ada sebelum ini tidak memiliki kotak hitam dan TUDM mempunyai kaedah tersendiri bagi menentukan punca nahas.

“Apabila berlaku perkara sedemikian (pesawat Hawk 108 terhempas) ia memberi cabaran kepada kami untuk menyiasat kes ini tetapi alhamdulillah TUDM dapat mengumpul bukti awal melalui radar pengesan,” katanya pada sidang akhbar ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah, Chukai di Kemaman, Terengganu di sini.

Ditanya mengenai tempoh mengeluarkan rangka utama pesawat itu, Affendi berkata ia dijangka memerlukan masa dua hingga tiga hari.

Dalam pada itu, Affendi berkata pesawat berkenaan dipercayai jatuh laju dari paras tinggi berdasarkan kepada fizikal permukaan lubang tanah nahas pesawat itu yang dalam.

“Buat masa ini TUDM tidak boleh menganggarkan berapa kedalaman tanah yang didalamnya masih terdapat rangka utama pesawat berkenaan.

“Oleh itu, kami memanggil pakar dari Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) bagi melihat struktur permukaan tanah nahas itu yang berpaya serta menentukan punca nahas,” katanya.

Affendi berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia sentiasa mengawal rapi selama 24 jam di kawasan nahas bagi mengelakkan diceroboh orang luar serta bahan bukti terjejas.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar lokasi nahas pesawat itu mendapati kerja-kerja mencari bahan bukti masih berjalan seperti biasa serta berbau bahan bakar pesawat itu yang kuat.

Tragedi nahas itu mengorbankan dua juruterbang TUDM, Mejar Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39.

Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi Khamis sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa ditemukan pada 2.30 petang di hutan paya Kampung Yak Yah pada hari sama. – BERNAMA

Tags: Hawk 108Pesawat Terhempas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

12/06/2025
0

NEW DELHI - Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang di bandar...

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd