SEDANG menghitung hari menunggu detik kelahiran cahaya mata sulungya, pelakon terkenal Saharul Ridzwan dan isterinya, Deena Emir baru-baru ini melakukan sesi penggambaran maternity sebagai kenang-kenangan sempena menyambut orang baharu dalam kehidupan mereka.
Sesi photoshoot mereka dijalankan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang.
Pelbagai aksi lucu dan manis dipaparkan Saharul dan isteri seperti mana mengikut tema yang telah dipersetujui di antara mereka dan jurugambar.
Yang paling lucu, pastinya saat Saharul pura-pura hamil sambil memegang patung beruang di perutnya selain aksi mendukung Deena yang sarat hamil.
Pasangan ini dijangka menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Menginginkan kejutan, Saharul dan isteri telah mengambil keputusan enggan mengetahui jantina anak sulung mereka sehingga si comel dilahirkan.
Saharul dan Deena diijabkabulkan pada di Dewan Sri Siantan, Putrajaya pada 16 September tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC
Kredit Foto: Karat Photo

