• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Kerajaan Tidak Waras Beri Dekoder TV Percuma

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Apa sahaja perkara baik dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyatnya pasti akan dikutuk dan diperlekehkan oleh pemimpin pembangkang kerana bimbang boleh mengugat kepentingan politik mereka.

Jika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dituduh sebagai wang haram, hari ini pemberian dekoder bagi siaran TV Digital secara percuma oleh kerajaan kepada rakyatnya turut dikeji.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub dalam nada berbaur cemburu mendakwa kononnya rakyat Malaysia tidak perlu gembira menerima dekoder percuma kerana cuma kerajaan yang tidak waras akan berbuat sedemikian.

“Saya nak tanya berapa kos yang telah dilibatkan dalam projek ini? Wang yang diperuntukkan sepatutnya disalurkan untuk menyelesaikan pokok permasalahan yang membelenggu rakyat.

“Saya melihat Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) terlalu terdesak untuk menjalankan “projek segera” menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” dakwanya dalam satu kenyataan.

Tohmahan itu tidak berasas kerana pemberi pemberian dekoder secara percuma oleh kerajaan secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia ke atas saluran televisyen berbayar semata-mata bagi mendapatkan siaran berkualiti tinggi.

Pemberian ikhlas oleh kerajaan itu malah membantu menjimatkan kos sehingga ratusan ringgit sebulan yang perlu rakyat bayar tanggung selama ini untuk mendapatkan perkhidmatan saluran televisyen berbayar.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razab pula mendakwa kerajaan sepatutnya tidak membelanjakan wang supaya rakyat mendapat akses Internet terbaik.

“Menurut satu kaji selidik, rakyat Malaysia menggunakan alat peranti digital selama 14 jam secara purata dalam sehari. Majoriti daripada masa ini digunakan untuk melayari internet,” katanya.

Segelintir ahli akademik bagaimanapun berpandangan ketaksuban golongan muda Malaysia ke atas Internet sehingga menghabiskan masa seharian melayari laman sosial sedang merosakkan nilai dan budaya kehidupan masyarakat negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BR1MDekoder TVSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka

Next Post

Memahami Krisis Qatar Dalam Seminit

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

Next Post

Memahami Krisis Qatar Dalam Seminit

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd