• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempar.. Jupe Muncul Dalam Sidang Media Dewi Persik?

oleh AK-47
12/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SABTU lalu industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan kematian pelakon dan penyanyi dangdut Julia Perez.

Baca: Julia Perez Meninggal Dunia Akibat Barah

Julia atau lebih dikenali dengan nama glamor Jupe meninggal dunia akibat sakit kanser serviks tahap empat yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Namun media tempatan dikejutkan dengan kelibat sosok Allahyarhamah Jupe dalam sesi sidang media yang melibatkan pelakon seksi Dewi Persik semalam.

Menurut laporan media, terdapat sekeping gambar dalam Instagram Story Dewi Persik atau Depe yang kelihatannya mirip Allahyarhamah dalam keadaan wajah yang cukup pucat lesi.

Namun begitu, kebanyakan netizen yang melakukan ‘penyiasatan’ terhadap foto tersebut percaya itu bukanlah ‘kelibat’ Jupe, sebaliknya wanita itu mungkin individu yang mempunyai wajah seiras persis Allahyarhamah.

Ketika sama-sama mengecapi zaman kegemilangan dalam kerjaya masing-masing, Jupe dan Depe dikhabarkan pernah bermusuh ketika membintangi sebuah filem bersama pada tahun 2010.

Gempar.. Jupe Muncul Dalam Sidang Media Dewi Persik?

Namun, sejak Jupe menderita sakit kanser yang dikesan pada 2014, hubungan mereka sudah semakin baik dan Depe juga sempat menziarah Jupe ketika Allahyarhamah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Jakarta sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 10 Jun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dewi persikIndonesiaJulia Perez
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Remaja Tanggung Azab Diculik, Dipukul Dan Diliwat

Next Post

Rasuah: Tempoh Reman Pegawai SPRM Dilanjutkan

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Rasuah: Tempoh Reman Pegawai SPRM Dilanjutkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd