• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di laman sosial gambar seorang pelancong warga Korea mencuba mengenakan sampin sebagai skirt ketika mengunjungi Bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall, Melaka, baru-baru ini.

Gambar yang dimuat naik oleh Mohamed Asiff Mohamed Amiz, 29, di laman Facebook itu lantas mencuit hati netizen akan aksi wanita itu yang cuba  memadankan baju kemeja putih dengan sampin berwarna hitam silver.

Menurut Mohamed Asiff, wanita Korea tersebut sebelum ini pernah datang ke bazar tersebut bersama keluarganya namun hanya melihat koleksi sampin yang dijual di sebuah gerai di bazar berkenaan.

Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt

Gelagat Comel Minah Korea Sangka Sampin Itu Skirt

Namun, keesokan harinya iaitu pada Rabu lalu, Mohamed Asiff sekali lagi berjumpa dengan wanita Korea tersebut namun kali ini pelancong tersebut terus mengambil sampin dan mencubanya sebagai skirt.

Melihat aksi wanita itu, Mohamed Asidd akui awalnya berasa pelik kerana wanita itu mahu membeli samping untuk dipakai sebagai skirt.

“Namun apabila dilihat padanan dengan bajunya, nampak sesuai pula. Mungkin itu juga tujuan dia membeli samping terbabit.

“Kami cuba juga bertanya, namun wanita terbabit tidak fasih berbahasa Inggeris. Malah suaminya yang juga warga korea hanya menyebut perkataan ‘good’ sepanjang kami di sana.

“Garu kepala juga melihat gelagat wanita Korea itu. Namun apabila melihat samping yang disarung ala skirt itu nampak sesuai, kami rasa kagum pula,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Tambah Mohamed Asiff, aksi wanita mengenakan sampin itu turut membuatkan hampir 20 pengunjung mengerumuni gerai terbabit dan suasana bertukar meriah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hari RayaKoreaPelancongsampin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lapor Kepada APMM Jika Jumpa Kontena Makanan

Next Post

Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserah Semula Pada Polis

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

Kertas Siasatan Kes Nhaveen Diserah Semula Pada Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd