• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Formula Baru Harga Minyak Diumum Minggu Depan

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Satu formula bagi menentukan harga bahan bakar akan diumumkan minggu depan dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak.

“Rakyat kena simpati kepada pengusaha stesen minyak yang alami kerugian apabila harga minyak turun.

Pengusaha stesen minyak juga mengalami kerugian apabila harga minyak turun dan mereka merasakan menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Zakat Bank Rakyat kepada asnaf Parlimen Larut di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,530 asnaf menerima zakat dengan nilai RM150 setiap seorang.

Pada majlis itu, 1,530 asnaf menerima zakat dengan nilai RM150 setiap seorang.

Hamzah berkata ketika ini terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.

Berkuatkuasa April lalu harga siling bahan api diumumkan setiap minggu bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Sementara itu Hamzah juga berkata isu beras plastik yang tular baru-baru ini merupakan isu lama yang disensasikan semula.

“Mana ada beras plastik kerana Padi dan Beras Negara (Bernas) yang mengimport beras. Ia sepatutnya dihentikan kerana boleh mencetuskan kebimbangan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

5 Barangan Keperluan Asas Dijamin Tidak Naik

16/04/2018
0

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima keperluan asas di negara ini tidak akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd