• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Daging Tawar Daging Lembu Sekilo RM24 Di Kedah

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Rakyat di negeri ini berpeluang mendapatkan bekalan daging lembu tempatan segar yang dijual dengan harga lebih murah berbanding pasaran, sempena Festival Daging Raya Aidilfitri: Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) hari ini.

Festival yang memasuki tahun ketiga itu menawarkan 30,000 kilogram (kg) daging, tulang dan bahagian lain yang dijual seawal 8.30 pagi di 21 pusat jualan yang merupakan Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional seluruh negeri.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daging lembu itu dijual pada harga RM24 sekilogram berbanding RM33 sekilogram di pasaran luar dengan setiap pembelian dihadkan sebanyak dua kilogram seorang.

“Sebanyak 203 ekor lembu disembelih berbanding 200 ekor lembu pada tahun lalu dan bekalan ini didatangkan dari Ladang Laka Temin, Bukit Kayu Hitam. Sebanyak RM675,000 telah diperuntukkan oleh Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) untuk festival tahun ini.

“Selain daging lembu, rakyat Kedah boleh membeli itik dan ikan sejuk beku yang turut dijual dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya ketika meninjau festival itu yang berlangsung di Taman Wira Mergong di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata bagi penjualan ayam pula, diserahkan kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang harga sekilogram ayam yang ditawarkan juga murah berbanding harga pasaran.

Sementara itu, Pengarah Urusan KLPK Anuar Abdul Talib berkata penglibatan pihaknya dalam festival ini adalah untuk membantu rakyat Kedah supaya dapat membeli daging lembu segar sempena Aidilfitri pada harga yang lebih murah.

“Lembu-lembu ini dibela di atas tanah kerajaan negeri, jadi ini cara untuk kita pulangkan semula kepada Kedah. Sebanyak RM675,000 telah diperuntukkan untuk 203 lembu tahun ini dan kami jangka akan mendapat pulangan semula berjumlah RM350,000.

“Sambutan rakyat Kedah sangat memberangsangkan apabila ada yang sanggup beratur seawal 6.30 pagi bagi mendapatkan daging lembu yang dijual dengan harga murah di 21 pusat jualan seluruh Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aidilfitridaging
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd