• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dulu Penakut, Sekarang Saya Dah Jadi Abang Bomba”

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, video seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gayat ketika ingin melakukan aksi abseiling mencetuskan gelak tawa di kalangan netizen.

Rakaman berdurasi tiga minit itu menjadi tular sehingga ditonton hampir dua juta orang dan menerima lebih 40,000 perkongsian di laman Facebook.

Namun itu adalah enam tahun dahulu, menurut Che Ku Muhammad Rizzuwan Che Ku Mohsin, 22, ketika itu memang dia amat takut dan gayat dengan tempat tinggi.

“Ketika saya menjadi pelatih PLKN Kem Nasuha Pagoh memang saya akui memang gayat sikit tinggi, lagi-lagi ketika itu saya tak tahu pasal tali dan ikatan lagi yang membuatkan saya gerun ketika itu,” katanya.

Apa yang menarik, dari seorang yang amat takutkan tinggi, dia kini telah menjadi anggota bomba yang sememangnya akan melalui latihan-latihan lasak termasuk di tempat tinggi.

“Tapi sekarang Alhamdulilah setelah saya belajar di recrut bomba saya lebih mahir tentang tali dan boleh membuat abbseling sendiri,” katanya yang kini merupakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Melaka.

"Dulu Penakut, Sekarang Saya Dah Jadi Abang Bomba"

Menurutnya, video itu dimuatnaik oleh seorang rakan di laman sosial Facebook ketika menyambut ulang tahun kelahirannya, namun tidak sangka ia tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Katanya, tidak merasa malu malah boleh ketawa apabila menonton video berkenaan.

“Apa yang mahu dimalukan, malah saya turut ketawa bila menonton semula video berkenaan yang memperlihatkan ketakutan saya sehingga menggigil kepala lutut.

“Bagaimanapun, saya yakin tiada orang menyangka lelaki penakut itu kini menjadi anggota bomba,” katanya yang mula berkhidmat sejak dua tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bombagayatvideo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Diganggu Pengkid, Che Ta Mengamuk Di Instagram?

Next Post

Video: Satu Keluarga Terbabas Masuk Parit…

Related Posts

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

Kebakaran Saluran Paip Gas, 7 Mangsa Diselamatkan – Bomba

01/04/2025
0

SUBANG JAYA: Tujuh mangsa, termasuk dua warga Malaysia diselamatkan susulan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas PETRONAS di Jalan Putra...

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

Bomba Selamatkan Budak Terperangkap Dalam Tempayan

02/03/2025
0

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah...

Next Post

Video: Satu Keluarga Terbabas Masuk Parit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd