• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DRB HICOM-Geely Pacu Proton Menuju Kejayaan

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkongsian DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, bakal menyaksikan Proton menjadi hab pengeluaran global model kereta pemanduan kanan Geely.

Ia juga akan membawa pembuat kereta nasional itu kepada tahap kejayaan dan masa depan yang terjamin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Proton sudah menemui rakan yang paling sesuai. Dengan memanfaatkan teknologi dan kepakaran Geely, Proton kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran mendatang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian perjanjian definitif antara DRB-Hicom dan Zhejiang Geely di sini hari ini.

Najib yang menyuarakan keyakinan beliau itu berkata, Proton akan mempunyai keupayaan dan sumber untuk pemulihan dan menjadi contoh kejayaan Malaysia, tanpa memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Beliau yakin menerusi perkongsian dengan Geely, syarikat yang mempunyai kelayakan, kepimpinan yang komited dan rekod yang sudah terbukti, Proton dapat meluaskan kehadirannya dalam pasaran ASEAN.

Perdana Menteri berkata, jika Proton tidak ‘diselamatkan’ menerusi kerjasama strategik, lebih 10,000 petugasnya akan berdepan pemberhentian kerja selain  ekosistem sekeliling akal terjejas, sekali gus mempengaruhi lebih 200,000 pekerjaan.

“Ya, Proton sebelum ini berdepan masalah dan kerajaan ketika itu dipanggil untuk membantu entiti berkenaan yang menyaksikan bantuan pembiayaan disalurkan sehingga dilanjutkan pada tahun 2016.

“Pelbagai persoalan timbul mengapa Proton dibantu (kerajaan), walhal ia adalah syarikat swasta. Realitinya, keadaan (Proton kian suram. Namakan saja apa model perniagaan sekali pun, ia tidak berdaya tahan untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka panjang.

“Ia juga dipengaruhi impian tidak realistik yang panjang dan kekurangan kefahaman komersial membabitkan bekas ketua penguji. Ini kerana, ‘beliau’ mahu Proton menjadi 100 peratus milik Malaysia dan mahu melihat syarikat automotif itu rugi ratusan juta ringgit pada setiap tahun.

“Itu (kerugian) membabitkan wang rakyat. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab jika model perniagaan lama diteruskan dan menyebabkan kegagalan,” katanya.

Bagaimanapun, Najib dalam ucapannya tidak menyebut secara terperinci siapa ‘bekas ketua penguji’ berkenaan. Mengulas kerjasama dengan syarikat gergasi automotif dunia dari China itu, Najib berkata, langkah strategik itu dibuat supaya Proton boleh berdikari dan tidak lagi bergantung sepenuhnya atas bantuan kerajaan.

Katanya, sokongan kerajaan terhadap Proton, merangkumi bimbingan dan syarat yang ditetapkan menyaksikan Geely hanya memiliki 49.9 peratus pegangan saham dalam Proton.

“Ini supaya Proton mempunyai kemampuan dan sumber untuk mengubah entiti itu dan supaya ia mampu menjadi contoh kepada kejayaan Malaysia.

“Bagi merealisasikan perkara itu, Proton sudah menemui rakan kerjasama yang tepat meskipun ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui secara terperinci mengenai Geely.

“Mereka mesti tahu kerana Geely adalah pemain industri terbesar dalam dunia automotif dunia sejak 10 tahun lalu. Volvo, sebuah syarikat automotif dari Sweden yang dimiliki Geely berjaya menjana keuntungan sebanyak AS$1.25 bilion, terbesar dalam tempoh 90 tahun, sekali gus mengukir sejarah syarikat berkenaan,” katanya.

Sebelum itu, Pengarah Urusan DRB Hicom Datuk Seri Syed Faisal Albar mengumumkan perjanjian dengan Geely membabitkan kerjasama dalam tujuh bidang strategik.

Ini termasuk Proton akan diberikan hak eksklusif ke atas produk dan teknologi terkini Geely di rantau ini, serta akses melepasi pasaran Asia Tenggara dan China, katanya.

Syed Faisal juga berkata Geely akan menjadikan operasi penyelidikan dan pembangunan milik Proton sebagai pusat kecemerlangan mereka di ASEAN, melengkapkan pelbagai tapak yang sudah mempunyai operasi mereka di seluruh dunia, katanya.

Malaysia juga akan menjadi hab kereta pemanduan kanan Geely di rantau ini, membolehkan kapasiti kilang moden di Tanjung Malim digunakan sepenuhya, dan mewujudkan peluang baharu pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Kilang Proton di Tanjung Malim diberikan peluang untuk memasang kereta Volvo jika ada kapasiti,” katanya. Geely memiliki Volvo sejak 2010. – BERNAMA

Tags: DRB-HicomGeelyProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd