• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang pesara tentera bergelar ‘Dr Ganja’ dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan di sini hari ini atas 36 pertuduhan dadah termasuk 14 pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad, Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 58, didakwa atas 14 pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 97,995 gram di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam di sini, kira-kira 12.30 tengah hari pada 26 Mei lepas.

Kesemua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Amiruddin mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Di hadapan Hakim Suzana Hussin, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 18 pertuduhan menanam 18 tumbuhan dari mana dadah disyaki kanabis boleh diperoleh sama ada secara langsung ataupun sebaliknya, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi 18 pertuduhan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 6B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6B (3) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Sementara di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 55 gram, satu pertuduhan memasukkan kanabis ke dalam badannya dan satu pertuduhan memiliki perkakas yang digunakan untuk menghisap dadah disyaki jenis kanabis.

Amiruddin didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah di Kampung Delek Dalam dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, pada 12.30 tengah hari dan 10 malam, 26 Mei lepas.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6, Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 10 (2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketiga-tiga mahkamah tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin dan menetapkan tarikh yang sama iaitu 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali, Aliah Atiqah Razali dan Rizal Azani Zainal Adzam sementara tertuduh diwakili peguam Farhan Maaruf.

Media sebelum ini melaporkan kejayaan polis menumpaskan sindiket jualan ganja secara online dengan menggunakan pelbagai taktik, termasuk memasarkannya dalam bentuk susu, coklat, madu, dan kek.

Sindiket yang menggunakan jolokan nama ‘Dr Ganja’ itu dilaporkan turut menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tujuan penjualan dadah bagi mengubati semua jenis penyakit yang tidak mampu dirawat di hospital. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jenazah Tengku Puteri Sofiah Selamat Dimakamkan

Next Post

SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

SPRM & Idris: Harapan Bersihkan Keserabutan FGV

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd