• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikata Menunjuk Di IG, Ini Respons ‘Pedas’ Wak Doyok

oleh AK-47
14/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIATNYA cuma satu, ingin berkongsi kisah kerja kerasnya selama ini sehingga berjaya menghadiahkan sebuah rumah banglo buat kedua orang tuanya, namun rata-rata netizen mengkritik Wak Doyok gara-gara perkongsian foto tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.

Wak memuat naik gambar banglo yang terletak di Klang, Selangor itu sambil memeluk ibunya berserta tulisan kapsyen, “Alhamdulillah berkat kerja keras selama ini, akhirnya aku dapat juga membina sebuah banglo untuk kedua orang tua aku.”

“Hanya ini sahaja sedikit jasa aku yang dapat aku bahagiakan berbanding mereka yang tidak kena erti penat lelah menjaga aku selama ini,” tulis jejaka berusia 36 tahun itu.

Alhamdulilah berkat kerja keras selama ini. Akhir nya aku dapat juga membina sebuah banglo untuk kedua orang tua aku. Hanya ini sahaja sedikit jasa aku yang dapat aku bahagiakan berbanding mereka yang tidak kenal erti penat lelah menjaga aku selama ini. Insyallah ada rezeki sampai ke tanah suci pula. Jadi boleh lah mereka sambut hari raya pada tahun ini dengan riang gembira. #Mustang #Syukur 👴🏻👨🏻👵🏻 #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #WegWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #MensFashionPost #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo #Class #British #Usa.

A post shared by Wak Doyok 🎖 (@wakdoyok) on Jun 10, 2017 at 5:11am PDT

Tak sampai sehari Wak memuat naik foto tersebut, muncul satu lagi posting Wak bergambar di hadapan rumah banglo bersama dua buah kereta mewahnya.

Dalam posting kali ini, Wak ‘menyekolahkan’ segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan perkongsian gambarnya sebelum ini.

Menulis, “Instagram dicipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan share sama-sama untuk kita nikmati kebahagian, keseronokan, tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita post. Kalau begitulah caranya takkanlah kita nak post gambar perkuburan. #Haters. Batu nisan dah tertulis nama kau. Salam hujung minggu..!!!”

Instagram di cipta untuk post gambar-gambar yang kita suka dan share sama-sama untuk kita nikmati kebahagian,keseronokan, tetapi ada pula yang benci dengan apa yang kita post. Kalau begitu lah cara nya takkan lah kita nak post gambar perkuburan. 😜 #Haters Batu nisan dah tertulis nama kau. salam hujung minggu..!!! @wdvipclub #MustangGT #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #TeamWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #MensFashionPost #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo #Class #British #Us #KualaLumpur

A post shared by Wak Doyok 🎖 (@wakdoyok) on Jun 11, 2017 at 4:05am PDT

Walaupun terdapat komen-komen nakal namun tak semua yang mengkritik Wak sebaliknya ramai lagi pengikutnya berasa kagum dengan sikap Wak yang sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat kedua ibu bapanya. Malah ada yang menjadikan ikon fesyen ini sebagai inspirasi untuk mereka berbakti kepada orang tua masing-masing.

@muhamadalarifWell menulis, “Haters always gonna be haters @wakdoyok, tapi bagi aku, kau ni bagi sumber inspirasi dekat orang Melayu kita. Bagi aku, kau tak menunjuk pun. Aku tau disebalik kejayaan kau, ada mereka yang cemburu. Well, cemburu membuta tiada guna.”

@m4r34m_es48el pula menulis, “Betul tu wak. Haters dimana-mana. Bila suruh berusaha lebih untuk berjaya, merungut. Tapi bila tengok kejayaan orang lain, mengutuk. Manusia, manusia. Tak nampak pun Wak riak. Kalau orang yang tengok dari sudut positif mesti akan rasa terinspirasi nak berjaya macam wak. Salute you.“

Semoga kisah Wak dapat menjadi pemangkin kepada semua anak muda di luar sana untuk lebih bekerja keras agar dapat meraih kejayaan serupa seperti selebriti yang cukup dikenali ramai kerana trademark misai melentiknya itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: instagramselebritiWAK DOYOK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kejam! Mayat Warga Bangladesh Dikerat Enam

Next Post

Romania Larang Sarkas Guna Haiwan Liar

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

Next Post

Romania Larang Sarkas Guna Haiwan Liar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd