• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana KWAP Dijangka Cecah RM500 Bilion 2050

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dana Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, dijangka mampu mencecah RM500 bilion pada tahun 2050 menerusi pertumbuhan antara 8 hingga 10 peratus setahun, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ​​​​sepanjang tempoh sedekad penubuhannya, KWAP juga telah terbukti merekodkan pencapaian serta prestasi yang membanggakan.

Malah, beliau berkata, saiz dana KWAP juga berkembang sebanyak 200 peratus iaitu daripada RM42 bilion pada 2007 kepada RM125 bilion pada Disember 2016.

“Daripada jumlah RM125 bilion itu, sebanyak RM53.6 bilion adalah hasil daripada penjanaan pendapatan pelaburan yang seterusnya akan digunakan untuk membiayai liabiliti pencen.

“Ini merupakan satu sumbangan KWAP terhadap negara dan para pesara,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun KWAP ke-10 selain turut merasmikan pejabat utama baharu KWAP di Menara Integra, The Intermark, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan aplikasi mudah alih khusus untuk golongan pesara, MyPesara.

Hadir sama, Pengerusi KWAP Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata KWAP juga telah mencatat pulangan kasar purata pelaburannya sebanyak 6.5 peratus dalam tempoh 10 tahun ini.

“Meskipun prospek global adalah tidak menentu dengan cabaran luaran dalam pelaburan serta iklim ekonomi pada tahun-tahun kebelakangan ini, saya percaya KWAP akan terus menunjukkan prestasi kewangan positif lagi konsisten sepertimana yang telah dicapainya setakat ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, KWAP juga berjaya menyumbang kepada pentadbiran negara menerusi usaha pembiayaan dan pelaksanaan fungsi-fungsi persaraan yang efisyen serta membantu kerajaan dalam pengagihan semula pendapatan demi memastikan kesejahteraan hidup kumpulan pesara terus terjamin.

Beliau berkata, dana KWAP misalnya, telah membantu kerajaan menerusi pembiayaan projek-projek rakyat seperti rumah mampu milik yang dibina oleh Skim Perumahan Nasional Berhad (SPNB), projek infrastruktur seperti kuarters kerajaan, hospital, sekolah dan pusat sukan yang diterajui oleh pendekatan pembinaan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Selain itu, Najib turut mencadangkan supaya KWAP melabur dalam bidang penjagaan kesihatan berikutan Malaysia dijangka mencapai status negara warga emas (negara menua) pada 2030, berdasarkan kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Bagaimanapun, tegas beliau, pelaburan itu perlu menepati kriteria serta mampu memberikan pulangan kepada KWAP. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKWAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd