• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizul Sah Beraksi Dua Acara Sukan SEA KL

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara dunia bagi acara keirin Mohd Azizulhasni Awang sah akan beraksi dalam dua acara iaitu keirin dan pecut pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur.

Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Omar Saad berkata penyertaan Azizul dalam dua acara itu juga adalah hasil cadangan daripada jurulatih berbasikal negara John Beasley.
“Beliau yang mahukan Azizul sertai dua acara berkenaan,” katanya kepada pemberita pada mesyuarat pengurus pasukan menjelang Sukan SEA Ke-29 di Wisma OCM di sini hari ini.

Omar juga mengesahkan Mohd Shah Firdaus Shahrom akan beraksi dalam acara keirin, ujian masa 1 kilometer pecut berpasukan, manakala Muhammad Fadil Mohd Zonis, Muhammad Shariz Efendi Mohd Shahrin dan Muhammad Khairil Nizam Rasol kan mengisi tiga lagi slot dalam acara pecut berpasukan.

Ratu berbasikal negara Fatehah Mustapa pula akan beraksi dalam empat acara iaitu pecut berpasukan, pecut, keirin dan ujian masa 500 meter dan beliau merupakan pelumba basikal negara yang paling banyak mengambil bahagian dalam Sukan SEA kali ini.

“Fatehah menjadi sandaran kita untuk menyumbang emas dan kita mengharapkan keempat-empat acara itu beliau mampu untuk menyumbang pingat emas kepada kontingen negara,” kata Omar.

Dalam pada itu, pasukan lumba basikal jalan raya negara bakal dibarisi oleh Harif Salleh, Anuar Manan, Mohd Zamri Salleh, Muhd Adiq Hussaini Othman dan Shahrul Mat Amin.

Menurut Omar, sasaran yang berikan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kepada PKMB adalah sebanyak 13 pingat emas dan dua daripadanya ialah dari acara jalan raya.

Selain itu turut dikenal pasti ialah beberapa acara trek yang boleh menyumbang emas terutama dalam acara pecut dan keirin. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Impression of Technology on Knowledge

Next Post

Johor Kenal Pasti Atlet Veteran Untuk Penghargaan

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Johor Kenal Pasti Atlet Veteran Untuk Penghargaan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd