• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Taktik Sindiket Curi Data Peribadi!

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Berhati-hati apabila anda diminta untuk mendedahkan butiran peribadi kerana ia mungkin akan berakhir di tangan sindiket pencuri data.

Terbaharu seorang pesara, Liang Ngan Kan, 73, mendapati dirinya telah berhutang bil pascabayar walaupun tidak pernah memiliki telefon bimbit.

Beliau kini berhutang sebanyak RM1,800 dengan syarikat telekomunikasi selepas butiran peribadinya dieksploitasi oleh pihak tidak dikenali dengan cara mendaftarkan beberapa nombor pascabayar, lewat tahun 2015.

Isterinya, Mariamah Anamalai, 62, dan kakak iparnya, Papati, 66, juga mula menerima bil walaupun mereka tidak mempunyai akaun dengan syarikat tersebut.

Anak perempuan Ngan Kan, Kasthuri, 32, terkejut orang seperti bapanya yang tidak mempraktikkan penggunaan telefon bimbit berdepan dengan caj tinggi perkhidmatan yang tidak pernah dilanggannya.

Beliau membuat laporan polis bagi pihak ibu bapanya dan ibu saudaranya, tetapi memutuskan untuk tidak membawa kes itu ke mahkamah.

“Kami membuat keputusan untuk mengabaikan bil-bil itu kerana banyak urusan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa saya yang sudah tua,” kata Kasthuri kepada The Star semasa melawat keluarganya di sebuah flat kos rendah di Taman Prima Selayang, Batu Caves, baru-baru ini.

Ibu bapa dan ibu saudaranya hanyalah tiga daripada 15 orang dari kawasan kediaman yang sama yang membuat aduan tersebut.

Setiap mangsa mempunyai satu nombor prinsipal dan beberapa nombor tambahan yang didaftarkan di bawah nama mereka.

Arokiasamy Thomas, 86, membuat dua laporan polis selepas mula menerima bil pada pertengahan 2015.

Bil-bil itu yang tiba setiap bulan, telah membuatkan Arokiasamy ‘berhutang’ beribu-ribu ringgit.

Selama dua tahun, beliau menerima surat-surat agresif dan panggilan daripada agensi pengutip hutang, mengancam tindakan undang-undang terhadapnya jika gagal menyelesaikan tunggakan.

Mangsa lain juga menerima panggilan dan mesej yang sama.

Seorang lagi mangsa ialah ibu tunggal, Renukah Doraisamy, 40, yang berniaga di gerai di Taman Prima Selayang.

“Kebanyakan mangsa sama ada bersara, menganggur atau bergaji rendah.

“Mereka (pengutip hutang) selalu menghubungi kami. Ia menyebabkan kami mengalami banyak tekanan,” katanya.

Mangsa berkata pelbagai organisasi akan datang ke kawasan perumahan kos rendah untuk memberi sumbangan, seperti beras dan peruntukan lain.

Untuk menerima barangan itu, penduduk terpaksa memberi salinan kad pengenalan mereka. Mereka mengesyaki cara tersebut menjadi punca bagaimana maklumat peribadi mereka jatuh ke tangan orang yang salah.

Lapan daripada mangsa, termasuk Arokiasamy dan Renukah, telah membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya pada 8 Jun.

Kes-kes tersebut telah diselesaikan. Pembekal perkhidmatan mengesahkan bahawa pendaftaran untuk akaun pascabayar itu adalah tidak sah.

“Ini telah dikelaskan sebagai penipuan,” wakilnya menulis dalam e-mel. Pembekal perkhidmatan berkata pihaknya akan mengetepikan bil-bil yang belum dibayar untuk akaun tersebut.

Dalam satu temu bual, ketua penguatkuasa dan penyelidik SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun menyifatkan kes di Taman Prima Selayang dilakukan oleh ‘sindiket yang didorong oleh keuntungan untuk mencuri data peribadi’. – mStar Online

Tags: BilGodam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

22/03/2024
0

Aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah digodam hari ini, dengan perkataan "Amaran Terakhir" dipaparkan muncul pada aplikasinya....

Godam Akaun Media Sosial,  Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

Godam Akaun Media Sosial, Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

21/01/2024
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan penipuan penyamaran sebagai kenalan di media sosial dengan kerugian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd