• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PGA Cedera Ditembak Ketika Meronda

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Seorang anggota Unit Risikan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) cedera di bahagian leher selepas terkena tembakan ketika melakukan rondaan di kawasan sempadan Kelantan-Thailand berdekatan pangkalan haram Ibrahim Pencen, Rantau Panjang di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata mangsa, Koperal Shahrul Suliman, 34, ketika kejadian bersama rakannya menghampiri dua suspek di satu lorong sambil memperkenalkan diri sebagai polis dengan tujuan untuk membuat pemeriksaan, pada 12.30 tengah malam tadi.

“Dua suspek terbabit bagaimanapun bertindak melarikan diri ke dalam semak ketika cuba ditahan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan yang terkena bahagian kanan leher anggota PGA berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Fakri berkata rakan mangsa kemudiannya membawanya ke Hospital Pasir Mas dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditembak menggunakan pistol dan bernasib baik tembakan tersebut tidak menembusi belakang badan atau terkena organ penting.

“Polis sedang mengesan dua suspek berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: cederaditembak
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd