• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Lembu Wajah Manusia Dianggap Utusan Dewa

oleh AK-47
03/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH perkampungan di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, India dihebohkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang berupa wajah manusia.

Anak lembu baru lahir itu dilapor memiliki mata, hidung, dan telinga yang sangat mirip seakan manusia.

Dek kerana ‘keajaiban’ yang dimiliki itu, ia telah membuatkan ribuan penduduk kampung tersebut berpusu-pusu mahu melihat anak lembu itu kerana percaya haiwan itu merupakan utusan dari dewa.

Namun sayangnya, anak lembu berkondisi unik ini dilaporkan mati selepas satu jam dilahirkan.

Menerusi rakaman video yang dirakam, penduduk setempat datang membawa kalungan bunga dan memberi sembah dengan membongkok badan sebagai tanda hormat di hadapan anak lembu yang disimpan dalam bekas kaca itu.

Penduduk kampung itu khususnya yang beragama Hindu percaya anak lembu itu merupakan Gokaran, iaitu jelmaan Dewa Wisnu sehinggakan mereka berhajat ingin membina kuil sempena kelahiran anak lembu itu.

Sementara itu, pemilik haiwan itu,  Raja Bhaiya Mishra, 55, turut meluahkan rasa syukurnya kerana anak lembu itu lahir di kampung tersebut.

“Satu keajaiban anak lembu ini lahir di tempat perkampungan kami.

“Ribuan orang sudah datang untuk melihatnya. Kami akan membangunkan kuil untuknya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dewaIndiaLembu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

8,000 Calon Muncul Untuk 187 Kerja Kosong Kerajaan…Landasan Kapal Terbang Terpaksa Diubah Jadi ‘Dewan Peperiksaan’

8,000 Calon Muncul Untuk 187 Kerja Kosong Kerajaan…Landasan Kapal Terbang Terpaksa Diubah Jadi ‘Dewan Peperiksaan’

21/12/2025
0

SAMBALPUR, INDIA – Sebuah landasan kapal terbang di negeri Odisha, India, mencuri perhatian dunia apabila ditukar menjadi dewan peperiksaan sementara...

Kontroversi Di Patna: Nitish Kumar Dipersoal Lepas Tanggalkan Tudung Doktor Muslim

Kontroversi Di Patna: Nitish Kumar Dipersoal Lepas Tanggalkan Tudung Doktor Muslim

16/12/2025
0

PATNA: Satu kontroversi tercetus di Bihar, India, selepas Ketua Menteri negeri itu, Nitish Kumar, dirakam menanggalkan tudung seorang doktor Muslim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd