• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tambah 14 Buah Pesawat A320CEO

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, telah menandatangani perjanjian dengan Airbus bagi menempah tambahan 14 buah pesawat A320ceo bagi menampung pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan membabitkan rangkaian serantaunya.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata dengan perjanjian terbaharu ini, jumlah pesawat A320 yang telah ditempah oleh AirAsia mencecah sebanyak 592.

“Setakat ini, 171 A320ceo dan lapan pesawat A320neo sudah telah dihantar kepada kami dan berkhidmat dengan unit kami di Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Filipina,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, syarikat penerbangan itu masih mencari tambahan pesawat untuk meluaskan lagi jangkauan serantaunya.

“Memandangkan persekitaran kompetitif pasaran berada dalam keadaan terbaik, ditambah pula dengan harga minyak yang stabil, kami akan aktif mencari (pesawat) dari pasaran pajakan.

“Dengan kos yang terendah di dunia, AirAsia akan mencatatkan pertumbuhan agresif,” katanya.

Katanya lagi, Kumpulan AirAsia telah membeli 688 pesawat daripada Airbus, dengan nilai hampir US$ 90 bilion (US$ 1 = RM4.29) sejak ia mula beroperasi.

“Kami merupakan syarikat penerbangan nombor satu yang menjadi pelanggan kepada Airbus dari segi angka dan nilai pesawat,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsiaPesawat A320CEO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd