• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AC Mizal Nafi Ada Kaitan Mface Club

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal menafikan mempunyai kaitan dengan skim piramid Mface Club yang dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) bersama lima syarikat lain, pada Isnin lalu.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 45, berkata, beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jaringan Sosial Mface dua tahun lalu, selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.

“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.

“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, “ katanya.

AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.

Ditanya apakah reaksinya tatkala membaca berita mengenai pembekuan skim piramid itu, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama bersiri Gerak Khas itu berkata, beliau tidak terkejut kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.

Dalam operasi berkenaan, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – Berita Harian 

Tags: AC Mizalselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd